Perbincangan:Lembah Bujang

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Percanggahan maklumat[sunting sumber]

Saya telah sorokkan bahagian ini sebagai komen:

Syarikat empunya tanah telah mendapat kelulusan untuk memajukannya pada tahun 1993 lagi tetapi kerja-kerja pembersihan tanah hanya dilakukan pada Ogos 2013.

... kerana terdapat percanggahan maklumat, iaitu:

  • Tanah dibeli oleh syarikat pemaju, Bandar Saujana Sdn Bhd (BSSB) dalam bulan Februari 2013.
  • Sedangkan petikan di atas mengatakan: "Syarikat empunya tanah telah mendapat kelulusan untuk memajukannya pada tahun 1993 lagi..."

Mana mungkin syarikat yang dimaksudkan ialah BSSB! Jadi, apakah nama syarikat pemaju yang sebenarnya dimaksudkan dalam petikan di atas? Kerina yin (bincang) 16:04, 11 Disember 2013 (UTC)[balas]

@Kerina yin: Kami akan cuba mengesahkan maklumat ini. Saya harap apa yang ditulis adalah pandangan berkecuali. Saya mahukan sumber berkenan apa yang dibincangkan anda? --SNN95-- talk to me beybeh! 16:29, 11 Disember 2013 (UTC)[balas]
@SNN95:, Sememangnya saya berkecuali. Mungkin nada tulisan ini lebih neutral: "Mana mungkin syarikat yang diberikan kelulusan pada tahun 1993 adalah syarikat yang sama memusnahkan candi pada tahun 2013." Maaf atas kekeliruan. Sumber saya ada dalam Rujukan. Sumber petikan terbabit ada dalam komen (saya tak buang, saya sorokkan saja). Kerina yin (bincang) 16:48, 11 Disember 2013 (UTC)[balas]

──────────────────────────────────────────────────────────────────────────────────────────────────── Saya dah lihat apa yang anda sorokkan. Saya rasa biarkan dahulu maklumat itu sehingga boleh dijadikan maklumat yang benar tetapi memerlukan beberapa notability untuk mengesahkan maklumat yang "mungkin" benar tu... --SNN95-- talk to me beybeh! 23:13, 11 Disember 2013 (UTC)[balas]

Okay. Satu lagi maklumat yang perlu disahkan ialah tahun kelulusan diberikan. Satu pihak kata, "di antara tahun 1994 dan 1995." Sekarang tinggal maklumat daripada pihak yang lagi satu. Kerina yin (bincang) 00:46, 12 Disember 2013 (UTC)[balas]