Perbincangan:MalayBasic

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Saya mencadangkan atikel ini tidak dipadam kerana:

Kita berada di Wikipedia Bahasa Melayu yang menyentuh banyak tajuk-tajuk seperti pengaturcaraan serta pengkompil, contohnya https://ms.wikipedia.org/wiki/Penyusun . Didalam artikel menceritakan berbagai konsep-konsep seperti pemalar, pengkompil, pentafsir, apung, fungsi, kod sumber, bahasa pengaturcaraan dan sebagainya yang begitu sukar di alih-bahasakan. Semuanya menjadi seperti cakap pandai sahaja (maaf ya) apabila pautan terhadap penkompil berbahasa Melayu tidak ujud sama sekali.(Semua yang ada beasaskan english). Bahasa kita menjadi bahasa yang mendokong orang sahaja (Maaf sekali lagi). Page ini bertujuan sekadar melengkapkan pautan agar wikipedia bertajuk diatas lebih mendalam, padat dengan maklumat terkini, dan meluas (kerana page ini 'relevant').

Memang bahasa Melayu masih ketingalan, kekurangan terma-terma yang begitu sukar untuk diterjemahkan kerana didalam dunia pengaturcaraan lazimnya dipraktikal bahasa berasaskan english. Harapan saya Wikipedia mahu membantu pengembangan terma bahasa pengaturcaraan melayu dengan memberi layanan samarata dengan bahasa pengaturcaraan yang telah terkenal.

Saya perpendapat atikel malaybasic adalah 'relevant' dan dapat memperkayakan lagi kandungan ilmu mengenai pengaturcaraan (yang berasaskan bahasa melayu) di era ini. Saya sedia meningkatkan lagi mutu kandungan dan membuang atikel yang tidak berkenaan jika diperlukan. – Komen tanpa tandatangan ini diberikan oleh Zomagic

MalayBasic belum cukup dikenali dan untuk layak mempunyai rencana sendiri, maka ia dicadangkan untuk dipadam oleh saudara @Polar:. Saya setuju dengan cadangan beliau. Buktinya, jika anda buat carian Google, MalayBasic langsung tidak tersenarai dalam 10 hasil pertama. --Kurnia [ bual ] 08:54, 15 Oktober 2016 (UTC)[balas]