Perbincangan:Mohammad Khairul Nazren Khairunnizam

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mohammad Khairul Nazren bin Khairunnizam
Kelahiran
Mohammad khairul Nazren bin Khairunnizam

(1994-04-18) 18 April 1994 (umur 30)
Nama lainKhairul
KerakyatanMalaysia
PekerjaanPengarah Urusan, D Old Man Holdings Berhad

Mohammad Khairul Nazren bin Khairunnizam (lahir 18 April 1994) merupakan ahli perniagaan Malaysia.

Kehidupan awal[sunting sumber]

Mohammad Khairul Nazren dilahirkan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 18 April 1994. Beliau mendapat pendidikan menengah di Kulim Kedah. Mohammad Khairul Nazren mempunyai enam orang adik beradik dan beliau ialah anak yang ketiga. Mohammad Khairul Nazren hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumahnya yang terletak di Kulim tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah. Beliau diasuh oleh ibunya sejak kecil oleh ibunya untuk menderma kepada orang miskin.

Kerjaya perniagaan[sunting sumber]

Beliau membantu ibunya menjual nasi lemak dan kuih bagi menampung pendapatan keluarga. Kini beliau adalah orang utama syarikat kumpulan DHB. Beliau merupakan seorang yang pemalu pendiam dan menyendiri; kebanyakan daripada perniagaannya dipegang oleh beliau dan rakannya. Selain daripada pelbagai jenis perniagaan sendiri di Malaysia, syarikat beliau mempunyai pelaburan di banyak negara di Asia. Kepentingan perniagaannya merangkumi daripada pembinaan, perlombongan, hartanah, perdagangan dan pengangkutan.

Aktiviti kebajikan[sunting sumber]

Mohammad Khairul Nazren dan rakannya akan menubuhkan Yayasan untuk mengurangkan kemiskinan dan jurang ekonomi antara masyarakat kaya dan miskin di Malaysia. Khairul sangat mempercayai tanggungjawab sosialnya untuk berkongsi rezeki dengan mereka yang kurang bernasib baik.

Penghargaan Luar Negara[sunting sumber]

Darjah Sultan Paduka Tuan Haji Huzrin Hood Bentan DSHB - Dato