Perbincangan:Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Bendahara

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Nama saya Adnan bin Saad.Dilahirkan pada 1hb Mei 1952,di No.178,Pekan Kodiang,Kedah.Saya tiba ke laman ini secara tidak sengaja.Namun ketidaksengajaan itu telah mengimbau kembali kenangan yang telah berusia 47 tahun.Tarikh saya tiba ke laman ini ialah pada 9hb Disember 2012..jam 1.00t/hari. Saya merupakan seorang daripada kumpulan pelajar pertama SMK.Tunku Bendahara.SMK.Tunku Bendahara bermula pada 1.1.1964.Ketika itu belum ada bangunan khas untuk SMK.Tunku Bendahara.Kami adalah murid2 daripada Tunku Bendahara English School.Kata pengantar kami adalah English.Selepas tamat darjah 6 pada 1964..kami diteruskan di bangunan yang sama untuk Form 1..1965..begitu juga semasa Form 2 1966..masih di bangunan Tunku Bendahara English Primary School.Namun pada tahun 1967..ketika Form 3..kumpulan kami terpaksa menumpang belajar di SRJK(Cina).Kodiang.Kami mengambil peperiksaan LCE di sekolah cina inilah.Kamilah pelajar pertama yang menduduki peperiksaan LCE SMK.Tunku Bendahara pada tahun 1967. Bangunan baru SMK.Tunku Bendahara bermula proses pembinaannya pada akhir 1965 dan siap sepenuhnya pada akhir 1967.Ianya terletak bersebelahan Tunku Bendahara Primary School..dalam satu kawasan. Pada 1hb Januari 1968..bermula lah penggunaan SMK.Tunku Bendahara yang baru.Kamilah kumpulan pelajar pertama menggunakan bangunan sekolah yang baru itu..Saya cuma sempat berada di situ lebih kurang 2 minggu sebab saya dapat melanjutkan pembelajaran Form 4 saya di Sultan Abdul Hamid College,Alor Star..1968. Namun saya akan berkongsi tentang SMK.Tunku Bendahara..yang pada awalnya iaitu pada 1965 di kenali SMK.Kodiang.

Agak menarik, tetapi perlukan rujukan rasmi untuk dimasukkan kedalam rencana. Yosri (bincang) 15:35, 9 Disember 2012 (UTC)[balas]