Perbincangan Wikipedia:Penyelia/Pengundian/Perlucutan jawatan penyelia Master2841 8 Mac 2008

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cuti maksimum yang dibenarkan dalam polisi pentadbiran ialah 6 bulan bermula tarikh suntingan terakhir seseorang penyelia.
Tambahan pula, tarikh suntingan terakhir beliau ialah 5 September 2007 - cukup 6 bulan yang lepas. Polar 09:08, 8 Mac 2008 (UTC)

Komen[sunting sumber]

  1. Saya tidak mahu bersetuju atau membantah atau berkecuali kerana saya rasa pihak penyelia wajar menghantar e-mail kepada beliau untuk meminta penjelasan. Mungkin beliau ada masalah. Dulu beliau begitu aktif tetapi mula hilang sejak kebelakangan ini. Sekiranya beliau sudak tidak berminat, saya menyokong agar jawatan beliau ditarik tetapi kita tidak tahu apa masalah beliau sekarang ini. Adalah tidak adil untuk kita membuat undian tanpa mengetahui apa yang sedang berlaku. - Jay 16:50, 8 Mac 2008 (UTC)[balas]
  2. Maafkan saya kerana lambat memberi jawapan balas. Saya telah menghantar perletakan jawatan di meta.[1]. Hal ini adalah kerana tanggungjawab terhadap kerjaya semakin bertambah maka tiada peluang untunk menyumbang di sini. Walau bagaimanapun saya akan ke sini sekali-sekala untuk menyumbang. Terima kasih kerana telah memberi kerjasama kepada saya sepanjang tugas saya menjadi penyelia. Master2841 16:53, 8 Mac 2008 (UTC)[balas]
  3. Saya merasakan lebih baik anda(Master2841) mengikut polisi pentadbiran yang mana telahpun ditetapkan pada Wikipedia:Penyelia/Polisi#Meletakkan_jawatan. Satu lagi, saya lihat ramai penyelia ms.wiki setelah dipohon untuk dilucutkan status penyelia disebabkan ketidakaktifan, tidak berkeinginan tinggi lagi untuk kembali menjadi penyelia semula. Jangan gentar dan penyelia dapat dilantik kembali menerusi polisi ini → Wikipedia:Penyelia/Polisi#Perlantikan_kembali. — Didie (bincang) 17:05, 8 Mac 2008 (UTC)[balas]
  4. Kenapa harus beri dia satu bulan? Kalau dia tak mau lagi, biarkan saja. Kalau dia menyesal, kan dia boleh minta balik jawatannya? --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 17:14, 8 Mac 2008 (UTC)[balas]



Dia sudah meletakkan jawatan dan perletakan jawatannya telahpun diterima. Tidak perlu lagi undian. Polar 19:31, 8 Mac 2008 (UTC)[balas]