Perbincangan pengguna:203.106.220.77

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Balas : AISBERG??[sunting sumber]

Saya terlihat komen anda di laman perbincangan Yosri. Sila rujuk pautan ini untuk mendapatkan pengesahan tentang terjemahan "iceberg" kepada "aisberg" : http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=iceberg. Tiada kesalahan bahasa kerana semuanya telah dirujuk dengan bantuan Dewan Bahasa dan Pustaka. Irfanshaharuddin (bincang) 11:34, 16 Januari 2014 (UTC)[balas]

TK. Nak buat macam mana. DBP dah final authority. Hancur bahasa kita tak lama lagi. 203.106.220.77 04:21, 22 Januari 2014 (UTC)[balas]

Terdapat sesetengah perkataan yang terpaksa diubah ejaan Inggerisnya kerana tiada kata yang sepadan dalam bahasa Melayu baku, terutamanya istilah saintifik haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Perkataan Inggeris bagi bongkah ais ialah block ice, rujuk [1]. Irfanshaharuddin (bincang) 04:30, 22 Januari 2014 (UTC)[balas]
Maaf lewat sedikit. Ya memang janggal bunyinya tapi saya fikir terdapat kaedah tertentu untuk meminjam kata2 asing. Alah bisa oleh biasa. Samalah dengan kata "ais" dalam "bongkah ais", saya rasa. --Algazel (hubung) 01:20, 23 Januari 2014 (UTC)[balas]
Betul. Mengapa tidak "air batu"? Tapi saya akui, bahasa merupakan sesuatu yang organik - sentiasa berkembang dan sukar dikawal. Mungkin kita ada badan pemantau seperti DBP (sepertimana Bahasa Perancis ada Académie Française), tapi jika sesuatu istilah sudah diterima umum, tak guna juga. 203.106.220.77 08:53, 27 Januari 2014 (UTC)[balas]

Boston university London[sunting sumber]

  1. Maklumat lanjut di http://www.google.com/search?hl=en&gl=US&ie=UTF-8&source=android-browser&q=boxton#gl=US&hl=en&q=boston+university+london
  2. Jangan buat penyelidikan asli.
  3. Google tidak ada semua maklumat/anda tidak pandai cari.
  4. Jika anda ada keraguan letakkan soalan di laman perbincangan, bukan di rencana.

Terima kasih. Yosri (bincang) 02:00, 31 Julai 2014 (UTC)[balas]