Perbincangan pengguna:Namirshah

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sumbangan Ilmu di Internet[sunting sumber]

Salam Perpaduan..

Di Malaysia, perkembangan ilmu amat terbatas memandangkan tidak ramai individu yang menjadikan perkongsian ilmu sebagai satu kewajiban. Wikipedia Malaysia (ms.wikipedia.com) merupakan satu medium yang memudahkan perkongsian ilmu secara mudah di alam maya internet. Oleh demikian, adakah anda ingin menyahut cabaran ini? Namun demikian, seperti anda sebagai pengguna baru mahupun lama, sudah pasti terdapat permasalahan atau persoalan bagaimana untuk bermula di Wikipedia ini. Semoga ruang ini dapat dijadikan ruang perbincangan untuk sebarang persoalan berkaitan Wikipedia.

Terima Kasih.

Kisah bani Israel[sunting sumber]

kisah tersebut termasuk dalam kisah bani Israel. Mengenainya sila baca http://books.google.com.my/books?id=tZ2VtXyvjW8C&pg=PA63&dq=kisah+bani+israil+janganlah+kamu+nabi&hl=en&sa=X&ei=NdazUpzzLcyxrgeArYCgAg&redir_esc=y jangan guna blog sebagai rujukan. Yosri (bincang) 05:36, 20 Disember 2013 (UTC)[balas]

Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak[sunting sumber]

Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak atau singkatannya BPP-MIS adalah satu (1) daripada tiga (3) agensi di bawah naungan Majlis Islam Sarawak (MIS) yang mula ditubuhkan dalam bulan Oktober 2007 dengan Datu Dr. Haji Adi Badiozaman Tuah sebagai Pengarah yang pertama. Beliau telah dipertanggungjawabkan untuk memikir, merancang dan menjadikan biro sebagai sebuah agensi baharu di bawah naungan Majlis Islam Sarawak (MIS) yang bertanggungjawab untuk membantu MIS dalam melaksanakan tanggungjawabnya kepada pendidikan ummah dalam memperkasa umat Islam di Sarawak. Bagi mendapatkan halatuju dan mengenal pasti bidang bina upaya yang perlu dibangunkan, Bengkel Bina Upaya Ummah di Hotel Holiday Inn (Kini Grand Margherita), Kuching telah diadakan pada bulan Disember tahun yang sama dengan bantuan Jabatan Agama Islam Sarawak dan Tabung Baitulmal Sarawak. Daripada Bengkel tersebut, sembilan (9) bidang bina upaya telah dikenalpasti dan tiga (3) daripadanya dipertanggunjawabkan kepada BPP-MIS. Berpandu kepada Bidang dan Strategi yang telah digariskan, pendekatan dan aktiviti yang dirasakan sesuai dibangunkan sebagai inisiatif awal dalam mewujudkan pendidikan berasaskan komuniti. Sehubungan itu, BPP-MIS juga mula membina dan memperluaskan jaringan kerjasama daripada ahli akademik, ilmuwan, para profesional dan agensi berkaitan agar dapat menjadi rakan kongsi kepada institusi masjid yang perlu dijadikan pusat aktiviti dan pendidikan ummah.

Pejabat BPP-MIS di Bangunan Baitulmal (Mechunma) telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Daud Ir. Haji Daud bin Abdul Rahman pada 28 Mac 2008 (Jumaat) di Bilik Seminar, Tingkat 2, pejabat tersebut dengan hanya berbekalkan 12 staf pada ketika itu. Pada bulan berikutnya, aktiviti pertama yang telah dijalankan di Pusat Latihan Sarawak, Telaga Air, Kuching ialah Kursus untuk Pemantapan Jati Diri untuk para pentadbir pendidikan, pegawai masjid dan pemimpin pelajar. Kursus tersebut merupakan aktiviti rintis dalam membina dan memantapkan jati diri serta merapatkan ukhwah para peserta melalui pendekatan PERASA.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi BPP-MIS [1] atau cari kami di Facebook.

  1. ^ Laman Web Rasmi BPP-MIS http://www.bppmis.com