Perbincangan pengguna:Paklanun

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Apa jadi dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran dan LTAT ? Apa yang diperhatikan fungsi dan peranaan Jhev agak lemah dari segi pentadbiran pembayaran pencen, saguhati kerajaan, cuti ganti dan kebajikan anggota pesara tentera termasuklah LTAT , Dari pengalaman anggota yang lama ataupun yang baru mereka selalu mengeluh dengan peranan dan tugas yg dilakukan oleh Jhev dan Ltat,mereka sepatutnya memikirkan masalah kebajikan anggota lebih penting dan berusaha untuk mempercepatkan bayaran pada anggota yang bersara dari Atm, Berapa lama masa yang diperlukan untuk memproses bayaran tersebut? Sekarang zaman teknologi moden semuanya dihujung jari semuanya online saja mengapa boleh jadi lambat juga. Kenapa tak difikirkan setelah anggota tersebut bersara dimanakah sumber kewangan yang anggota tersebut nak cari sementara menunggu bayaran pencen ,saguhati , cuti ganti dan Ltat ?. kalau anggota tersebut tamat saja dari perkhimatan terus saja mendapat kerja tiada masalah bagi anggota, ini terpaksa menunggu hingga dua bulan untuk mendapat duit tersebut itupun belum tentu lagi,anggota nak makan apa dengan tanggungan anak yg ramai, cuba peringkat atasan atasi masalah ini agar ianya tak berlarutan,pehak atasan pun satu hal, nak tanda tangan pun takkan nak tunggu sampai satu minggu baru nak tanda tangan.munkin ini kerja yang agak berat bagi pehak atasan sebab ianya untuk anggota bawahannya kalau untuk dirinya main call saja inikah cara semua pehak atasan bekerja.Dari apa yg diperhatikan pehak atasan ni semuanya pentingkan diri sendiri. Apakah kerajaan tidak menggambil sesuatu langkah untuk mengatasi masalah yg dah lama berlaku dalam Jhev dan Ltat ini.atau sengaja buat tak Nampak?. Jhev sepatutnya menjaga kebajikan anggota keselamatan yang telah bersara dan akan bersara,Apakah Jhev tahu pekerjaan diluar sana bukan senang nak dapat dengan faktor umur anggota sewaktu mereka berpencen dalam lingkungan 40 an.Apakah tindakan Jhev untuk mengatasi masalah ini berapa ramai pesara tentera yang berpencen tidak mempunyai pekerjaan tetap untuk menyara keluarga mereka Apakah kami pesara tentera ini di anggap seperti tebu habis manis hampas di buang . Harap pehak atasan membuat sesuatu dengan apa dilontar disini agar ianya tak berlarutan hingga selama lama jangan jadikan ini sebagai turun temurun yang tak berkesudahan. ingatlah dimana kita suatu hari nanti.. Jangan jadikan budaya kerja sekadar melepas batuk ditangga dan dengan keiklasan kita rezeki yang dapat itu berkat .

Anda dicadangkan membawa usul ini pada persatuan pesara ATM untuk dipanjangkan kepada LTAT, atau berjumpa sendiri dengan pegawai LTAT. Jangan cakap belakang. Jangan cakap dengan pihak yang tiada kaitan dengan LTAT. Kami/mereka tidak dapat membantu. Sila pastikan anda membawa rekod yang lengkap apabila bertemu LTAT. Yosri (bincang) 04:43, 25 September 2012 (UTC)[balas]