Perbincangan pengguna:Polar/Arkib1

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Laman ini adalah laman perbualan Pengguna Polar sehingga Mac 2006.

Harry Potter[sunting sumber]

Hi Polar, Anak saya amat meminati rencana Harry Potter yang anda tulis. Syabas. Yosri 00:40, 7 Februari 2006 (UTC)[balas]

Hi Polar, memang kuat Harry Potter ni!!! — PM Poon 17:30, 13 Februari 2006 (UTC)[balas]

Syabas Polar rencana Narnia sememangnya saya amat minati. Teruskan. Master2841 01:40, 21 Februari 2006 (UTC)[balas]

Berkenalan[sunting sumber]

Hai Polar, saya amat gembira menerima pesanan anda serta melihat kecergasan anda dalam portal ini. — PM Poon 17:16, 21 Februari 2006 (UTC)[balas]

Rencana "Cleopatra" dan "Batu Rosetta"[sunting sumber]

Hai Polar, rencana anda bertajuk Cleopatra serta Batu Rosetta amat canggih! Saya dapat mempelajari Bahasa Malaysia daripada membaca rencana anda. — PM Poon 22:20, 23 Februari 2006 (UTC)[balas]

Pelaku musnah[sunting sumber]

Hai Polar, terima kasih ke atas pesanan anda. Saya amat gembira sewaktu melihat pengguna-pengguna mengambil berat tentang hal-hal mengenai portal ini. Kini, saya telah mengumpulkan semua pesanan mengenai hal pelaku musnah dan mencipta halaman Perbualan Wikipedia:Laku musnah supaya semua pengguna dapat berbincang hal ini secara masyarakat.

Amat gembira juga sewaktu saya melihat usaha anda di portal ini daripada halaman "Perubahan Terkini". Sekiranya terdapat lagi beberapa pengguna seumpama anda, memang ms:Wikipedia akan mencapai keunggulan di kalangan Wikipedia bahasa-bahasa yang lain; bukannya beribu-ribu pengguna yang dikehendaki sebelum portal ini boleh berjaya. Kebetulannya, telah dikatakan bahawa negara Jepun mencapai kejayaan ekonominya yang ajaib selepas Peperang Dunia II dengan sumbangan daripada cuma lebih kurang 5,000 orang pemimpin sahaja, walaupun negara itu mempunyai berjuta-juta penduduk. — PM Poon 13:11, 27 Februari 2006 (UTC)[balas]

Hai Polar, saya pun tidak perasanan. 404 error biasanya bermaksud pangkalan data tidak dapat dicapai. Sebahagian pangkalan data mungkin mengalami masalah. Saya juga menghadapi masalah sewaktu muat naik gambar-gambar tadi. Ini bukan kali yang pertama. Biasanya, ia akan memulih baik, entah siapa yang mengendalikannya. Adakah ini merupakan masalah pemilik pelayan? Mungkin Yosri tahu akan masalah ini. — PM Poon 12:40, 3 Mac 2006 (UTC)[balas]

Cuba lihat http://ms.wikipedia.org/wiki/Special:Watchlist/edit Ini kemungkinan semasa terjemahan antaramuka, tertukar url, menyebabkan pautan putus. Yosri 10:32, 7 Mac 2006 (UTC)[balas]

Lord of the Rings[sunting sumber]

Hai Polar saya lihat anda rajin dan amat berminat menyunting rencana tentang Narnia dan Harry Potter. Andakah anda berminat untuk membuat rencana tentang Lord of the Rings kerana saya amat meminati rencana itu. Rencana yang ditulis oleh awak sangat menarik dan lengkap. Saya berharap cadangan saya dapat dipertimbangkan. — Master2841 12:33, 20 Mac 2006 (UTC)[balas]

Harry Potter[sunting sumber]

Hi Polar, saya sekarang sedang dalam percubaan untuk mengemaskan dan memperbanyakkan artikel tentang Harry Potter, cthnya Rubeus Hagrid. Saya harap anda dapat memeriksa rencana yang saya buat kerana mungkin terdapat kesilapan dalam rencana-rencana tersebut. Lagipun anda adalah pengasas dan pakar rencana tentang Harry Potter di Wikipedia Bahasa Melayu. Cuma ada seorang sahaja yang layak memeriksanya, iaitu anda.

p.s: saya akan kerap menghubungi anda untuk memastikan saya tidak melakukan kesilapan. — Master2841 19:03, 22 Mac 2006 (UTC)[balas]

Pentadbir[sunting sumber]

Hai Polar, sudikah anda dicalonkan untuk menjadi pentadbir wikipedia Bahasa Melayu? Saya telah menanyakan kepada PM Poon mengenainya. Jika anda sudi dicalonkan saya dengan segera akan menyokong anda. — Master2841 17:21, 23 Mac 2006

Pengguna "Polar" sekarang adalah sysop Yosri 09:16, 24 Mac 2006 (UTC)[sunting sumber]

Pengguna "Polar" sekarang adalah sysop Yosri 09:16, 24 Mac 2006 (UTC)[balas]


Tahniah kerana dilantik menjadi pentadbir — Master2841 09:47, 24 Mac 2006

Tahniah banyak2 Polar kerana sudah dilantik menjadi penyelia. — Emrrans 12:16, 24 Mac 2006 (UTC)[balas]

Untuk pengetahuan semua, saya memohon untuk berehat selama sebulan lebih mulai hari ini daripada menyelenggara dan menambahbaikkan portal wikipedia ini secara aktif memandangkan peperiksaan akhir saya bakal tiba. Harap anda semua dapat memahami keadaan saya dan saya akan kembali pada pertengahan atau hujung bulan Mei jika tiada sebarang halangan. Walau bagaimanapun, saya akan menyinggah juga sebentar jika terdapat keluangan masa. Kerjasama semua pihak saya dahulukan dengan terima kasih. Doakan kejayaan saya. :-) — Polar 13:20, 28 Mac 2006 (UTC)[balas]

Selamat maju jaya[sunting sumber]

Hao Polar, Saya ucapkan selamat berjaya dalam peperiksaan saudara. Semoga anda mencapai kejayaan yang cermerlang. Yosri 00:30, 29 Mac 2006 (UTC)[balas]