Peretakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Rajah skematik perekatan bermangkin cecair.

Dalam petrokimia, geologi petroleum dan kimia organik, peretakan ialah proses "meretakkan" atau memecahkan molekul-molekul organik (termasuk hidrokarbon) kompleks atau panjang kepada molekul-molekul yang lebih ringkas dengan memecahkan ikatan kimia karbon-karbon pada molekul asal. Kadar peretakan dan hasil akhir proses banyak bergantung kepada suhu dan pemangkinan. Peretakan digunakan untuk memperoleh alkena kecil yang lebih berguna daripada alkana besar, dan memerlukan suhu yang tinggi.[1] Peretakan cecair bermangkin menghasilkan banyak petrol dan gas petroleum cecair (LPG) sementara peretakan hidro merupakan sumber utama bahan api jet, diesel, nafta dan LPG.

Kaedah peretakan[sunting | sunting sumber]

Peretakan haba[sunting | sunting sumber]

Peretakan terma bertekanan tinggi moden beroperasi pada tekanan kira-kira 7,000 kPa. Satu proses tak berkadaran keseluruhan dapat dilihat, dengan hasil kaya hidrogen "ringan" terbentuk daripada molekul-molekul berat. Tindak balas ini dikenali sebagai "pelakuran homolisis" dan menghasilkan alkena, bahan utama penghasilan polimer.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Alfke, Gunter; Irion, Walther W.; Neuwirth, Otto S. (2005), "Oil Refining", Ullmann's Encyclopedia of Industrial Chemistry (dalam bahasa Inggeris), Weinheim: Wiley-VCH, doi:10.1002/14356007.a18_051.pub2
  2. ^ Speight, James G. (2011). "Thermal Cracking". The Refinery of the Future. m/s. 147–180. doi:10.1016/B978-0-8155-2041-2.10005-0. ISBN 9780815520412.