Hidrokarbon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam kimia, hidrokarbon merupakan sebatian kimia yang mengandungi hanya karbon (C) dan hidrogen (H). Ia semua mengandungi rangka tunjang karbon dan atom hidrogen melekat pada rangka tunjang tersebut. (Seringkali istilah ini digunakan sebagai ringkasan istilah alifatik hidrokarbon.)

Sebagai contoh, metana (gas paya) ialah hidrokarbon dengan satu atom karbon dan empat atom hidrogen: CH4. Etana ialah hidrokarbon (lebih khusus lagi, alkana) mengandungi dua atam karbon diikat dengan satu ikatan tunggal, setiap atom karbon terikat pada tiga atom hidrogen: C2H6. Propana mempunyai tiga atom karbon 'C' (C3H8) dan seterusnya (CnH2·n+2).

Hidrokarbon boleh dikelaskan kepada beberapa bahagian:
1- Hidrokarbon alifatik
2- Hidrokarbon alisiklik
3- Hidrokarbon aromatik

Hidrokarbon Alifatik[sunting | sunting sumber]

Hidrokarbon alifatik terdiri daripada rantaian atom karbon tanpa struktur siklik. Ia sering disebut sebagai hidrokarbon rantai terbuka atau hidrokarbon asiklik.

Contoh: Alkana (propana, butana)

Hidrokarbon Alisiklik[sunting | sunting sumber]

Hidrokarbon alisiklik atau hidrokarbon siklik terdiri daripada rantaian atom karbon dalam susunan gelang (siklik).

Contoh: Sikloaklana (siklopropana, siklobutana)

Hidrokarbon Aromatik[sunting | sunting sumber]

Hidrokarbon aromatik merupakan kumpulan khusus sebatian siklik. Ia biasanya mempunyai gelang berahli enam yang dilukis dengan ikatan tunggal dan ikatan ganda dua yang berselang-seli.

Contoh: Benzena, naftalena


Terdapat tiga jenis asas hidrokarbon:

  1. hidrokarbon harum, yang mengandungi sekurang-kurangnya satu cecincin harum (aromatic ring) sebagai tambahan kepada apa jua ikatan yang ia ada
  2. hidrokarbon tepu (saturated hydrocarbon), juga dikenali sebagai alkana, yang tidak mempunyai ikatan dua, tiga atau harum.
  3. hidrokarbon tidak tepu (unsaturated hydrocarbon), yang mengandungi satu atau lebih ikatan dua atau tiga antara atom karbon, yang terbahagi pula kepada:

Jumlah atom hidrogen dalam hidrokarbon boleh ditentukan, jika jumlah karbon diketahui, dengan menggunakan persamaan berikut:

  • Alkana: CnH2n+2
  • Alkena: CnH2n (dengan anggapan hanya satu dwiikatan)
  • Alkuna: CnH2n-2 (dengan anggapan hanya satu tiga ikatan)

Hidrokarbon cecair yang dikeluarkan dari bawah tanah dirujuk sebagai petroleum (harafiahnya "batu minyak") atau minyak mineral, sementara hidrokarbon bergas dalam tanah dikenali sebagai gas asli. Kesemuanya merupakan sumber penting bahan api dan bahan mentah sebagai stok bekalan untuk penghasilan kimia organik dan biasa terdapat di subpermukaan menggunakan peralatan geogologi petrolium.

Hidrokarbon merupakan sumber ekonomi penting kerana ia merangkumi keseluruhan sumber bahan api fosil (arang batu,petrolium, gas asli, dll.) dan bahan api bio, termasuk juga plastik, lilin, pelarut dan minyak. Dalam pencemaran bandar, komponen ini–bersama dengan NOx dan cahaya matahari–kesemuanya menyumbang kepada pembentukan ozon troposferik.