Perkhidmatan rangkaian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rangkaian perpustakaan yang tipikal. Ia menonjolkan topologi pepohon bercabang dan mengawal capaian kepada sumber.

Perkhidmatan rangkaian ialah asas persekitaran pengkomputan rangkaian. Ia umumnya disediakan dalam satu atau lebih pelayan untuk membekalkan sumber kongsi kepada komputer pelanggan.

Jenis perkhidmatan rangkaian[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan rangkaian yang biasa termasuk:

Perkhidmatan rangkaian ditatarajah pada rangkaian kawasan tempatan (LAN) syarikat untuk memastikan keselamatan dan pengendalian ramah pengguna. Ia membantu LAN berjalan dengan lancar dan cekap. LAN syarikat menggunakan perkhidmatan rangkaian seperti:

  • DNS (Sistem Nama Domain) untuk memberi nama kepada protokol internet (IP) dan alamat MAC (pengguna lebih mengingat semula nama seperti "nm.lan" daripada nombor seperti "210.121.67.18"); dan
  • DHCP untuk memastikan bahawa setiap orang dalam rangkaian mempunyai alamat IP yang sah.

DHCP meringankan beban pentadbiran dengan mengautomatikkan penguntukan IP kepada nod pada rangkaian. Menambahkan atau menyingkirkan nod dari rangkaian tidak menimbulkan sebarang masalah dapatan semula alamat IP kerana perkhidmatan DHCP menanganinya secara automatik.

Pelayan pengesahan merupakan jenis perkhidmatan rangkaian yang lain yang membenarkan setiap pengguna memiliki akaun masing-masing, dengan setiap tugas yang dibuat mereka direkodkan dalam log atas nama pengguna masing-masing. Ini bermakna bahawa bukan sahaja pengguna bertanggungjawab kepada setiap perbuatan mereka semasa dalam rangkaian, ia juga meningkatan keselamatan kerana setiap orang yang ingin mencapai LAN harus mempunyai nama pengguna berdaftar dan kata laluan.

Mentadbirkan rangkaian tanpa mempunyai:

  • akaun pengguna untuk menjejaki kegiatan mereka (baik yang haram mahupun yang bukan);
  • DHCP untuk mengautomatikkan penguntukan IP kepada nod; atau
  • DNS untuk memudahkan capaian alamat IP;

benar-benar menyusahkan. Membolehkan perkhidmatan rangkaian tersebut akan mengautomatikkan pentadbiran yang rumit dan juga memakan waktu dan justera itu, mengurangkan masa henti pentadbir rangkaian.

E-mel, pencetakan, dan perkhidmatan pengongsian fail rangkaian jarang tidak digunakan dalam persekitaran LAN kerana ia membenarkan pengguna mencapai:

  • sebarang pencetak yang disambungkan kepada rangkaian;
  • fail dalam pelayan atau nod lain yang disambungkan; dan
  • memperkemas pemindahan data dalam rangkaian.

Kesemua perkhidmatan itu memerlukan pengguna memiliki keizinan untuk mencapai sumber kongsi serta memudahkan penatarajahan keselamatan dan hak capaian perkhidmatan direktori yang juga merupakan perkhidmatan rangkaian.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]