Permaisuri Jeongsun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Permaisuri Jeongsun
정순왕후
ڤرمايسوري جوڠسون
Permaisuri Pemangku Raja Joseon
Pangkuan1800 – 1804
RajaRaja Sunjo dari Joseon
Permaisuri Balu Besar Joseon
Tempoh1800 – 1805
Didahului olehPermaisuri Inwon
Diikuti olehPermaisuri Sunwon
=Permaisuri Balu Joseon
Tempoh1776 – 1800
Didahului olehPermaisuri Seonui
Diikuti olehPermaisuri Hyoui
Permaisuri Joseon
Tempoh1759 – 1776
Didahului olehPermaisuri Jeongseong
Diikuti olehPermaisuri Hyoui
Keputeraan2 Disember 1745
Yeoju, Kerajaan Joseon
Kemangkatan11 Februari 1805(1805-02-11) (umur 59)
Istana Changdeok,Istana Gyeongbok Kerajaan Joseon
PasanganRaja Yeongjo dari Joseon
Nama selepas mangkat
예순성철장희혜휘익렬명선수경광헌융인정현소숙정헌정순왕후
KerabatGyeongju Kim
AyahandaKim Han-Gu
BondaPuan Besar Wonpung dari Suku Won dari Wonju

Permaisuri Kim Jeongsun atau Permaisuri Jung-Soon (Hangul: 정순 왕후 김씨; Hanja: 貞純王后; Jawi: ڤرمايسوري جوڠسون) (lahir 2 Disember 1745 - 11 Februari 1805) juga dikenal sebagai Permaisuri Balu Yesun (예순 왕대비) ialah permaisuri damping Korea kerana berkahwin dengan Raja Yeongjo (1724–1776), dan Permaisuri Pangkuan Korea dari 1800 hingga 1805 sebagai penjaga cucu tirinya, Sunjo dari Joseon (1790-1834, memerintah 1800-1834). Baginda ialah anggota suku Kim dari Gyeongju.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan dalam golongan kaya di Seosan, Wilayah Chungcheong Selatan semasa pemerintahan Raja Yeongjo, bakal Permaisuri Jeongsun dilahirkan dalam suku Kim dari Gyeongju pada 2 Februari 1745 kepada Kim Han-gu dan Puan Besar Wonpung dari suku Won dari Wonju. Kampung halamannya ialah Yeoju, Wilayah Gyeonggi. Baginda mempunyai seorang kekanda lelaki dan seorang adinda lelaki.

Sebagai Permaisuri[sunting | sunting sumber]

Setelah kematian Permaisuri yang pertama, Permaisuri Jeongseong pada tahun 1757, Raja Yeongjo tidak mengambil permaisuri di antara gundik yang berada di bawah ratu sebelumnya kerana undang-undang ayahandanya yang melarang menjadikan selir sebagai permaisuri. Puan Besar Kim menjadi Permaisuri pada 9 Jun 1759. Upacara perkahwinan rasmi diadakan di Istana Changgyeong pada 22 Jun 1759. Perkahwinan ini dianggap sebagai perkahwinan tertua dalam sejarah Dinasti Joseon kerana Raja Yeongjo berusia 66 tahun, dan Permaisuri Jeongsun berusia 15 tahun pada masa perkahwinan itu.

Permaisuri Jeongsun juga 10 tahun lebih muda daripada putera raja, Putera Mahkota Sado, dan menantunya, Puan Besar Hyegyeong.

Permaisuri itu dikatakan sedikit tegas terhadap suaminya. Ketika datang untuk mengukur pakaian, pembantu istana dengan sopan meminta raja untuk berpaling. Namun, permaisuri itu juga bertanya kepada suaminya dengan nada yang tegas dengan mengatakan, "Boleh tak kamu pusing?".

Permaisuri dan suaminya saling mencintai, tetapi walaupun begitu, mereka tidak melahirkan putera atau puteri. Tidak ada catatan mengenai permaisuri muda itu mengandungkan anak, atau mengalami keguguran.

Disebabkan kemangkatan Putera Mahkota Sado pada tahun 1762, seorang putera kepada Permaisuri Jeongsun seharusnya mewarisi takhta setelah kematian Raja Yeongjo. Memandangkan Permaisuri Jeongsun tidak memiliki anak, dan tahkta itu diturunkan kepada putera kepada Sado, cucunda tirinya, yang memerintah sebagai Raja Jeongjo dari tahun 1777 hingga 1800.

Pemangkuan[sunting | sunting sumber]

Setelah kematian Raja Jeongjo pada tahun 1800, satu-satunya anak lelaki Jeongjo masih berusia 10 tahun dan menaiki takhta sebagai Raja Sunjo. Pemangkuan diberikan kepada Permaisuri Jeongsun memandangkan baginda ialah generasi paling tua daripada yang lain di Istana. Baginda menggunakan kuasa itu sehingga secara sukarela menyerahkannya kembali pada tahun 1804. Baginda meninggalkan dasar Mendiang Raja, mengukuhkan penganiayaan Katolik tahun 1801 dan memihak kepada puak Noron Byeokpa.

Permaisuri Jeongsun telah membersihkan sebilangan besar puak Soron yang menentangnya, dan membunuh saudara tiri Raja Jeongjo, Eun Eon-gun dan adik kepada Puan Besar Hyegyeong, Hong Nak-im, menghapuskan institusi Jang Yong-young yang ditubuhkan oleh Jeong-jo, dan secara besar-besaran mengalahkan Gereja Katolik yang telah ditoleransi oleh Jeong-jo.

Baginda juga menerima sejumlah besar pegawai Noron Bukpa sebagai pegawai, seperti Kim Gwan-ju dan Kim Yong-ju, yang telah diserang oleh Jeongjo sebelumnya. Pada tahun 1802, sesuai dengan undang-undang Raja Jeongjo, baginda menjadikan anak perempuan Kim Jo-sun, bakal Permaisuri Sunwon, menjadi Permaisuri kepada Sunjo, dan Kim Jo-sun dimeterai kepada Yeongan Buwon-gun (永安 府 院 君) dan mengundurkan diri dari pemerintahannya.

Kemangkatan[sunting | sunting sumber]

Permaisuri Jeongsun mangkat pada 11 Februari 1805 di Gyeongbokjeon di Istana Changdeokgung. Baginda dimakamkan bersama suaminya Raja Yeongjo dan suri pertamanya di kubur dinasti di Donggureung, makam kerajaan Wonneung (원릉, 元 陵), di kota Guri, Wilayah Gyeonggi.

Gelaran[sunting | sunting sumber]

  • 2 Disember 1745 - 1759:
  1. Puan Kim
  2. Anak perempuan Kim Han-gu
  • 1759 - 1776: Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Permaisuri Joseon
  • 1776 - 1800: Yang Mulia, Permaisuri Balu Joseon
  • 1800 - 11 Februari 1805: Yang Mulia, Permaisuri Balu Besar Joseon
  • Gelaran selepas kematian: Permaisuri Jeongsun dari Joseon

Dalam budaya popular[sunting | sunting sumber]

  • Digambarkan oleh Kim Yong-sun dalam siri TV MBC 1988, The Memoirs of Lady Hyegyeong.
  • Digambarkan oleh Kim Ja-ok dalam siri TV KBS1 1991, The Royal Way.
  • Digambarkan oleh Lee In-hye dalam siri TV MBC 1998, The King's Road.
  • Digambarkan oleh Kim Mi-hee dalam siri TV MBC 2001, Hong Guk-yeong.
  • Digambarkan oleh Kim Yeo-jin dalam siri TV MBC 2007, Lee San, Wind of the Palace.
  • Digambarkan oleh Kim Hee-jong dalam siri TV CGV 2007, Eight Days, Assassination Attempts against King Jeongjo.
  • Digambarkan oleh Im Ji-eun dalam siri TV SBS 2008, Painter of the Wind.
  • Digambarkan oleh Geum Dan-bi dalam siri TV SBS 2011, Warrior Baek Dong-soo.
  • Digambarkan oleh Ha Seung-ri dalam siri SBS TV 2014, Secret Door.
  • Digambarkan oleh Han Ji-min dalam filem 2014, The Fatal Encounter.
  • Digambarkan oleh Seo Yea-ji dalam filem 2015, The Throne.

Pautan luaran[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
Permaisuri Jeongseong
Permaisuri Korea
1759–1776
Diikuti oleh:
Permaisuri Hyoui