Dinasti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rencana ini ialah mengenai konsep umum sebuah warisan pemerintah. Untuk kegunaan lain, sila lihat Dinasti (nyahkekaburan).
Jangan dikelirukan dengan Keluarga diraja.
Charles I dari England dan anak lelaki beliau, James II

Dinasti (UK /ˈdɪnəsti/, US /ˈdnəsti/) merujuk pada satu turutan para pemerintah yang berasal daripada keluarga yang sama,[1] biasanya dalam konteks sebuah sistem feudal atau beraja tetapi kadang kala juga digunakan dalam sistem republik terpilih. Keluarga atau keturunan dinasti mungkin dikenali sebagai "kerabat";[2] yang mana digayakan dengan nama gelaran "raja", "putera", "count", dsb., berdasarkan ketua atau gelaran yang digunakan oleh para anggotanya. Para sejarawan mengumpulkan tempoh-tempoh kebanyakan negara-negara berdaulat seperti Mesir Purba, Empayar Caroling dan Maharaja China, menggunakan sistem dinasti pewarisan. Oleh itu, istilah "dinasti" mungkin digunakan untuk menghadkan era di mana sesebuah keluarga memerintah atau menggambarkan peristiwa, trend, dan artifak pada zaman tersebut (contohnya sebuah pasu "dinasti Ming"). Perkataan "dinasti" itu sendiri digugurkan daripada rujukan adjektif ("sebuah pasu Ming").

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Oxford English Dictionary, 1st ed. "dynasty, n." Oxford University Press (Oxford), 1897.
  2. ^ Oxford English Dictionary, 3rd ed. "house, n.¹ and int, 10. b." Oxford University Press (Oxford), 2011.