PERMATA Negara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Permata Negara)
Jump to navigation Jump to search

Permata Negara merupakan projek perintis yang dicetuskan oleh penggerak utamanya iaitu Datin Paduka Seri Rosmah Mansor bersama beberapa kumpulan profesional, pendidik, ahli akademik, pakar perubatan, pegawai polis, peguam, pegawai-pegawai kerajaan bagi membincangkan tentang permasalahan remaja kini yang membimbangkan.Proses pembentukan insan yang cemerlang seharusnya dimulakan sejak awal dan akan lebih berkesan sekiranya dimulakan sejak lahir.[1]

Permata Negara yang diilhamkan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, mengandungi lima program utama yang terdiri daripada Permata Negara, Permata Pintar, Permata Seni, Permata Insan, Perkasa Remaja, dan Permata Kurnia.Ketika ini ada pelajar berumur 9 tahun yang mengikuti program Permata Negara sedang mengikuti kursus peringkat pra-universiti, di mana pada umur belasan tahun pelajar berkenaan mungkin akan diterima masuk di sebuah universiti terkemuka di luar negara.Manakala sekumpulan pelajar Tingkatan 4 program Permata baru-baru ini menunjukkan kebolehan cukup luar biasa apabila lulus dalam ujian Standardised Admission Test (Ujian Kemasukan Seragam) (SAT) dengan cemerlang, yang membolehkan mereka ditawar memasuki universiti di Amerika Syarikat.

Visi[2][sunting | sunting sumber]

  • Bagi memastikan Dasar Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak PERMATA dan dilaksanakan dengan berkesan.
  • Menyediakan asas untuk pembangunan potensi manusia yang seimbang dan optimum mengikut gaya pembelajaran peribadi dengan mengambil kira nilai-nilai amalan terbaik tempatan dan antarabangsa.

Kenyataan Dasar Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak PERMATA adalah seperti berikut:

"Dasar Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak menggariskan mekanisme yang komprehensif bagi memastikan pembangunan holistik semua kanak-kanak dari lahir hingga 4 tahun. Ia adalah asas yang kukuh untuk pembangunan potensi kanak-kanak berasaskan piawaian antarabangsa. Dasar ini adalah menguatkan dan melengkapkan Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada."

Misi[2][sunting | sunting sumber]

  • Menggalakkan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun untuk mendapatkan bimbingan dan pendidikan awal untuk meningkatkan kualiti pembangunan tahun formatif mereka yang sesuai bagi kumpulan umur yang merangkumi sifat fizikal, bahasa, kognitif, sosial, emosi dan rohani dalampersekitaran yang selamat, sihat dan menyeronokkan;
  • Membangunkan kurikulum yang komprehensif untuk pembangunan awal kanak-kanak yang merangkumi pendidikan, penjagaan kanak-kanak, nutrisi dan kesihatan;
  • Mewujudkan infrastruktur dan persekitaran pembelajaran termasuk peralatan pembelajaran yang berkualiti bagi membolehkan pencapaian hasil pembelajaran yang positif dan
  • Melaksanakan dan menyelia pembinaan Pusat Anak PERMATA Negara di seluruh negara.

Disini Bermula[sunting | sunting sumber]

Penggerak utama yang mendorong kepada tercetusnya idea untuk menjalankan Projek Perintis PERMATA Negara ini datangnya daripada isteri kepada Perdana Menteri ke-6 Malaysia, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor bersama kumpulan beberapa orang profesional, pendidik, ahli akademik, pakar perubatan, pegawai polis, peguam, pegawai-pegawai kerajaan bagi membincangkan cadangan penyelesaian kepada masalah dan gejala sosial yang kian melanda para remaja yang sungguh membimbangkan.

Perbincangan profesional dalam pelbagai bidang, kepakaran dan latar belakang ini telah senada bahawa proses pembentukan insan yang cemerlang seharusnya dimulakan sejak awal bagi dan ianya akan lebih berkesan sekiranya dimulakan sejak lahir. Inilah yang telah membawa kepada lahirnya sebuah konsep yang begitu murni iaitu dengan menganggap bahawa setiap anak yang dilahirkan di bumi Malaysia yang bertuah ini adalah sebutir permata untuk negara yang akan bersinar menerangi kegemilangan negara di masa akan datang. Dari ini lahirlah “Setiap Anak PERMATA Negara” bagi menzahirkan suatu hasrat untuk memastikan setiap anak sejak dari awal lagi mendapat peluang permulaan hidup yang terbaik.[3]

Falsafah dan Fokus PERMATA Negara[sunting | sunting sumber]

Hasil kejayaan pelaksanaan Projek Perintis Program PERMATA Negara, pelaksanaannya telahpun diperluas dan diperkasakan ke seluruh negara bagi memastikan lebih ramai anak akan mendapat peluang untuk diberi permulaan terbaik dalam kehidupan mereka sebagai persediaan menghadapi cabaran masa hadapan.

Kanak-kanak berumur 0-4 tahun adalah satu kumpulan yang amat penting dan mereka mesti melalui satu proses perkembangan yang teratur. Sebagai modal insan yang sangat bermakna kepada masa depan negara, perlu ada satu program atau perancangan yang teratur, fokus dan bersepadu daripada mereka mula lahir hingga memasuki alam persekolahan sebagai satu strategi nasional, tambahan pula banyak negara-negara lain di dunia terutamanya negara-negara maju sudah menjadikan pendidikan awal kanak- kanak sebagai satu pelan nasional yang bersepadu.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]