Pusat PERMATApintar Negara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pusat PERMATApintar Negara, UKM
Permata Logo.jpg
Alamat
Ralat Lua pada baris 488 di Modul:Location_map: "Malaysia" ialah nama yang tidak sah untuk definisi peta lokasi.
Pusat PERMATApintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia
Bangi, Selangor, 43600
[[Malaysia]]
Koordinat2°55′02″N 101°47′17″E / 02.917306°N 101.788167°E / 02.917306; 101.788167Koordinat: 2°55′02″N 101°47′17″E / 02.917306°N 101.788167°E / 02.917306; 101.788167
Maklumat
Nama lainKolej PERMATApintar, UKM
JenisSekolah piagam, Sekolah berbakat, Sekolah berasrama penuh
MotoTeroka, Cipta dan Bitara
Ditubuhkan3 April 2009; 10 tahun yang lalu (2009-04-03)[1]
DibukaJanuari, 2011
Kod sekolahBEA4001 (KPM)[2]
686341 (College Board) [3]
PengarahProf. Datuk Dr. Noriah Mohd Ishak
GredAsas 1 – Asas 3
Tahap 1 – Tahap 2
JantinaBercampur
Kemasukan450
Bahasa pengantarBahasa Melayu, Bahasa Inggeris
Saiz kampus22 hektar
Warna     Maroon
PentauliahanKementerian Pendidikan Malaysia
College Board
AkhbarBitara News
Laman sesawang

Pusat PERMATApintar Negara, UKM, yang lebih dikenali sebagai Kolej PERMATApintar, UKM, adalah sesebuah program yang dikhaskan untuk pelajar pintar dan berbakat, dan sebuah sekolah menengah untuk pelajar berusia 12 - 17 tahun di Malaysia.[4] Pusat PERMATApintar Negara, UKM, ditubuhkan pada 3 April, 2009, oleh Professor Datuk Dr. Noriah Mohd. Ishak dengan bantuan isteri kepada Perdana Menteri ke-6 Malaysia, Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor.

Tujuan Pusat PERMATApintar Negara, UKM, ditubuhkan adalah untuk membendung masalah 'brain drain'[5]; selain itu, PERMATApintar juga ditubuh untuk mengenalpasti pelajar yang pintar dan berbakat dari bidang akademik, di seluruh Malaysia,[6] dan memberi peluang kepada mereka untuk mengembangkan potensi dan bakat mereka. Pada masa sekarang, Pusat PERMATApintar Negara, UKM menawarkan tiga program: Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS), yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar berumur 9 - 15 tahun; Kolej PERMATApintar, UKM, yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang melepasi UKM3 dan berumur 12 - 17 tahun; dan Program ASASIpintar, yang ditawarkan sebagai program pra-universiti.[7]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Pusat PERMATApintar Negara, UKM, terletak di kampus Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia, salah sebuah daripada universiti awam di Malaysia. PERMATApintar terletak di bandar Bangi, yang mudah diakses menggunakan kereta melalui Lebuhraya Utara-Selatan, atau menggunakan pengangkutan awam di Stesen Komuter KTM UKM.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pusat PERMATApintar Negara, UKM adalah sekolah berbakat pertama di Malaysia. Ditubuhkan pada 3hb April 2009, sekolah itu merupakan cetusan idea Datin Seri Rosmah Mansor, bekas isteri Perdana Menteri Malaysia, seawal tahun 2006.[4][8] Beliau mahukan program pendidikan untuk pelajar berbakat selepas melawat sekolah berbakat di pelbagai negara. Untuk merealisasikan program ini, satu siri perbincangan dengan pakar-pakar tempatan dan asing diadakan untuk menjalankan program yang sesuai untuk Malaysia.[4]

Kertas kerja PERMATApintar kemudian diluluskan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul Razak pada tahun 2008. Universiti Kebangsaan Malaysia telah dilantik untuk melaksanakan program ini dengan dana yang dikeluarkan dari Bahagian PERMATA Jabatan Perdana Menteri. Satu perjanjian telah dibuat di Kuala Lumpur pada April 2009 dengan Johns Hopkins University - Center For Talented Youth untuk membantu memulakan program.[4]

Pada Januari 2010, Universiti Kebangsaan Malaysia memberikan kepada kerajaan tanah seluas 22 ekar (89,000 m2) yang terletak di Bukit Puteri untuk membina kompleks PERMATApintar.[4][9] Pengarah pertama dan penyandangnya ialah Prof Datuk Dr Noriah Mohd. Ishak. Pembinaan terbahagi kepada dua fasa. Pembinaan Fasa 1 bermula pada awal 2010 dan selesai pada akhir tahun 2010 dengan peruntukan sebanyak RM23 juta.[10] Fasa kedua dibina sebaik sahaja penyiapan fasa pertama pada Februari 2011 dengan peruntukan sebanyak RM54 juta.[11] Pembinaan fasa kedua selesai pada Disember 2011.[10] Kumpulan pertama pelajar Tahap 1 memulakan pengajian mereka di Pusat PERMATApintar Negara pada Januari 2011.[12]

Pada 2013, fasa ketiga pembinaan bermula pada bulan April 2013 yang dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Al-Bukhary. Pembinaan itu melibatkan auditorium dan pusat sukan. Pembinaan selesai pada Oktober 2014. [10]

Pada tahun 2014, PERMATApintar mula menerima kumpulan pertama pelajar Asas 1, berumur 12 dan 13 tahun, yang akan belajar di PERMATApintar selama lima tahun.[13]

Pada tahun 2018, Pusat Kecemerlangan Kebangsaan PERMATApintar telah dipindahkan ke Sektor Pengurusan PERMATA, Bahagian Pengurusan Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia daripada Bahagian PERMATA, Jabatan Perdana Menteri selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14.[14][15]

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Kompleks Pusat PERMATApintar Negara, UKM, merangkumi kawasan seluas 22-hektar (0.22 km2); mengandungi 15 bangunan dan kompleks sukan, yang termasuk bangunan makmal, akademik, dan kediaman. Kampus PERMATApintar terbahagi kepada tiga fasa, dan terletak di Bukit Puteri, UKM, Bangi. Fasa pertama selesai dibina pada akhir tahun 2010, fasa kedua selesai dibina pada akhir tahun 2013, dan fasa ketiga selesai dibina pada akhir tahun 2014.

Fasa 1 terdiri daripada 5 bangunan: sebuah blok pentadbiran, sebuah blok kelas pembelajaran, sebuah blok makmal, sebuah dewan serbaguna dan sebuah kafeteria. Blok pentadbiran terdiri daripada tiga pejabat (umum, kolej dan ASASIpintar), sebuah pusat sumber dan sebuah balai cerap (observatorium).

Fasa 2 terdiri daripada: sebuah blok instruktor, sebuah blok makmal ASASIpintar, sebuah blok kelas pembelajaran (dikongsi bersama Kolej PERMATApintar dan ASASIpintar), kawasan asrama kolej dan dewan asrama.

Fasa 3 selesai dibina pada hujung tahun; merangkumi sebuah auditorium dan sebuah kompleks sukan yang disumbangkan oleh Yayasan Al-Bukhary. Kompleks sukan terdiri daripada sebuah kolam renang, sebuah padang bola sepak, lapan trek 400m dan sebuah gim mini.

PERMATApintar National Gifted Center Complex

Proses Pemilihan Pelajar[sunting | sunting sumber]

Pusat PERMATApintar, UKM menjalankan empat proses pemilihan pelajar setiap tahun untuk dipilih ke Kolej PERMATApintar, UKM. Semua pelajar Malaysia berumur 9 hingga 15 tahun dibenarkan untuk memohon melalui ujian UKM1 dan UKM2. Dalam proses pemilihan, ada tiga ujian iaitu ujian UKM1, ujian UKM2, PPCS dan ujian UKM3 yang dijalankan semasa PPCS. Jika ingin memasuki Kolej PERMATApintar, pelajar tersebut mesti melulusi ujian UKM1, ujian UKM2, berjaya menyertai PPCS dan melulusi UKM3 semasa PPCS.

Ujian UKM1 dan UKM2[sunting | sunting sumber]

Ujian UKM1 adalah ujian pemilihan pertama untuk pelajar yang ingin menyertai program dibawah Pusat PERMATApintar Negara.[16][17] Pelajar-pelajar yang melulusi ujian UKM1 dibenarkan untuk mengambil ujian UKM2 yang diadakan di pusat-pusat UKM2 di seluruh negara.

Ujian UKM2 adalah ujian pemilihan kedua untuk menapis dan mencari pelajar yang boleh menyertai Program Perkemahan Cuti Sekolah (PPCS). Pelajar yang melulusi UKM2 kemudian akan dijemput untuk menyertai PPCS yang diadakan pada bulan Disember setiap tahun.

Program PCS dan Ujian UKM3[sunting | sunting sumber]

Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS) adalah sebuah kem akademik yang diadakan pada musim panas, yang menawarkan 23 jenis kursus universiti tahun pertama yang diadakan untuk membangunkan minat pelajar-pelajar dalam bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik).

PPCS diadakan dua kali setahun, pada bulan Jun dan Disember, sehingga 2016. Apabila cuti sekolah pertengahan tahun bertindih dengan bulan Ramadan, bulan berpuasa untuk agama Islam. Selepas itu, bermula daripada 2017, PPCS hanya dijalankan sekali setiap tahun, pada bulan Disember.

PPCS yang dijalankan pada bulan Disember berjalan selama tiga minggu, manakala PPCS yang dijalankan pada bulan Jun berjalan selama dua minggu. Peserta-peserta yang dimasukkan ke PPCS bulan Jun adalah pelajar yang melulusi UKM2 pada tahun sebelumnya. Tujuan PPCS diadakan ialah untuk mengenalpasti bakal calon untuk ditawarkan masuk ke Kolej PERMATApintar, UKM, pada tahun berikutnya.

Setiap peserta akan diberi kursus mengikut keputusan yang mereka mencapai semasa UKM2, mengikut bidang-bidang yang disoal semasa ujian tersebut. Setiap tahun, kursus yang akan diberikan kepada peserta akan berubah, tetapi antara kursus-kursus yang biasa diberikan adalah Penaakulan Matematik, Robotik, Etnomatematik, Astrofizik dan Teknologi Hijau.[18]

Ujian UKM3 adalah ujian pemilihan ketiga, yang juga dijalankan semasa PPCS. Hanya peserta-peserta yang lulus UKM3 akan diberi tawaran untuk menyertai High School Diploma program oleh Kolej PERMATApintar, UKM. Ujian UKM3 terdiri daripada dua bahagian, iaitu ujian berdasarkan kecekapan, di mana pelajar diuji dalam bidang Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik, dan ujian kecenderungan emosi (EQ).[17]

Walaupun pelajar berumur 9 sampai 15 tahun atau Darjah 3 sampai Tingkatan 3 dibenarkan untuk mengambil semua ujian, hanya orang-orang yang berumur 11, 12, 14 dan 15 akan ditawarkan untuk memasuki Kolej PERMATApintar, UKM. Orang-orang yang berumur 11 dan 12 akan memasuki program Junior High Diploma manakala orang yang berumur 14 dan 15 akan memasuki program High School Diploma.

Silibus[sunting | sunting sumber]

PERMATApintar menggunakan silibus Kementerian Pendidikan Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai teras kurikulum dan ditambah dengan kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan kurikulum College Board Amerika Syarikat untuk Advanced Placement (AP). Tujuan pengabungan beberapa kurikulum tersebut adalah untuk menyediakan satu kurikulum yang boleh mencabar minda pelajar.[17][19]

Pembelajaran di Kolej PERMATApintar dibahagikan kepada dua program iaitu program Asas (Junior Diploma) dan program High School Diploma. Program Asas ditawarkan kepada pelajar Asas 1, 2 dan 3 manakala program High School Diploma ditawarkan kepada pelajar Tahap 1 dan 2.[17][19][20]

Sesi pengajaran dan pembelajaran di PERMATApintar dijalankan secara pengajaran berpusatkan pelajar (student-oriented learning). [19] Murid yang menunjukkan prestasi yang baik dalam penilaian akademik dibenarkan menjalani program pecutan pembelajaran (Accelerated Learning Program) yang melibatkan pecutan kurikulum (Curriculum Acceleration). Bahasa pengantar yang digunakan adalah Bahasa Melayu bagi kurikulum kebangsaan, dan Bahasa Inggeris digunakan mengikut keperluan.[20]

Aktiviti dan Acara Rasmi[sunting | sunting sumber]

Persidangan Saintis Antarabangsa (iFSC)[sunting | sunting sumber]

Dianjurkan oleh Kolej PERMATApintar, UKM, persidangan tahunan ini merupakan saluran bagi pelajar sekolah menengah untuk membentangkan dan berkongsikan penyelidikan mereka. Persidangan ini mula diadakan pada tahun 2012 di Kolej PERMATApintar, UKM, di Bangi, Selangor. Semua sekolah dijemput untuk mengambil bahagian dalam persidangan ini.[21]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.ukm.my/permatapintar/introduction/
  2. ^ http://jpnselangor.moe.gov.my/jpns/index.php/hubungi-kami/dir-sekolah/details
  3. ^ https://collegereadiness.collegeboard.org/k-12-school-code-search
  4. ^ a b c d e http://www.programpermata.my/en/pintar/about
  5. ^ https://www.thestar.com.my/news/nation/2012/03/28/pm-permata-pintar-school-can-encourage-gifted-students-to-stay/
  6. ^ https://www.msn.com/en-my/news/national/permatapintar-cari-murid-bijak-intelek/ar-BBIeZPd
  7. ^ http://www.ukm.my/permatapintar/a-preamble/
  8. ^ http://www.ukm.my/permatapintar/sekapur-sireh-2/
  9. ^ www.programpermata.my/resources/download/bitara_june_2014.pdf
  10. ^ a b c http://www.programpermata.my/bm/pintar/complex
  11. ^ https://www.malaysiakini.com/news/158244
  12. ^ http://web10.bernama.com/education/v2/index.php?sid=news_content&id=460398
  13. ^ www.programpermata.my/resources/download/hal-ehwal-akademik.pdf
  14. ^ https://www.nst.com.my/news/nation/2018/05/371876/permata-be-retained-after-auditing-and-review-wan-azizah
  15. ^ https://moe.gov.my/index.php/my/korporat/jabatan-dan-bahagian/bahagian-pengurusan-sekolah-harian?highlight=WyJwZXJtYXRhIiwicGVybWF0YSdzIl0=
  16. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan :0 tidak disediakan
  17. ^ a b c d www.programpermata.my/resources/download/presentation-on-PERMATApintar-curriculum.compressed.pdf
  18. ^ http://www.programpermata.my/en/pintar/camp
  19. ^ a b c www.programpermata.my/resources/download/hal-ehwal-akademik.pdf
  20. ^ a b Buku Panduan Kolej PERMATApintar UKM Tahun Akademik 2018 (2017). Pusat PERMATApintar Negara pp.15. Diambil 5 Ogos 2018.
  21. ^ http://www.ukm.my/permatapintar/future-scientists-conference-3/

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]