Pernafasan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pernafasan merupakan proses pergerakan udara masuk dan keluar dari paru-paru. Organisma aerobic memerlukan oksigen untuk membebaskan tenaga melalui respirasi, dalam bentuk metabolisme molekul kaya tenaga seperti glukosa. Pernafasan merupakan hanya satu proses yang menghantar oksigen di mana ia diperlukan di dalam badan dan mengeluarkan karbon dioksida. Proses penting lain melibatkan pergerakan darah oleh sistem peredaran. Pertukaran gas berlaku di dalam alveolus pulmonari oleh resapan pasif gas antara gas alveolus dan darah di dalam kapilari paru-paru. Setelah gas terlarut ini di dalam darah, jantung menguatkan alirannya sekitar badan (melalui sistem peredaran). Istilah perubatan untuk pernafasan selesa normal ialah eupnea.