Glukosa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Struktur glukosa

Glukosa ialah sejenis gula ringkas dengan formula molekul C6H12O6. Ia merupakan salah satu monomer bagi karbohidrat. Glukosa adalah monosakarida yang paling banyak terdapat secara semulajadinya.

Terdapat dua jenis glukosa iaitu D-glukosa dan L-glukosa yang dibezakan oleh konfigurasi pada atom karbon kelima. Glukosa kemudiannya dapat disusun strukturnya dari satu rantai memanjang ("unjuran Fischer") kepada satu struktur siklik ("unjuran Haworth") seperti yang ditunjukkan dalam rajah di sebelah.

Peralihan struktur glukosa daripada mengikut unjuran Fischer (bentuk rantai) kepada unjuran Haworth (bentuk siklik).

Nama "glukosa" ini diambil melalui bahasa Perancis ("glucose") daripada istilah akar bahasa Yunani iaitu γλυκός, "manis" yang merujuk kepada bahan mentah asal bahan ini iaitu pemerasan anggur pertama yang dihasilkan dalam pembuatan wain.[1] Ia pertama kalinya diasingkan sebagai bahan sendirinya oleh Andreas Sigismund Marggraf, seorang saintis Jerman, pada tahun 1747.[2]

Sumber dan penghasilan[sunting | sunting sumber]

Biosintesis[sunting | sunting sumber]

Dalam tumbuh-tumbuhan dan sesetengah prokariot, glukosa merupakan hasil proses fotosintesis. Ia juga dihasilkan (terutamanya dalam haiwan dan kulat) daripada peruraian bentuk-bentuk glukosa yang berpolimer—glikogen (haiwan, kulat) atau kanji (bijirin seperti beras, jagung, barli dan sebagainya); pembelahan glikogen dirujuk sebagai glikogenolisis,[petikan diperlukan] kanji, atau peruraian kanji.[3] Dalam haiwan pula, glukosa disintesiskan dalam hati dan buah pinggang daripada bahan perantara bukan karbohidrat seperti piruvat, laktat dan gliserol melalui proses glukoneogenesis.[petikan diperlukan] Dalam sesetengah spesies bakteria dasar laut, glukosa dihasilkan melalui kemosintesis.[petikan diperlukan]

Komersial[sunting | sunting sumber]

Glukosa dihasilkan secara komersialnya melalui hidrolisis kanji berpemangkin enzim. Pelbagai jenis tanaman boleh digunakan sebagai sumber kanji di mana jagung, beras, gandum, ubi kayu, hampas jagung dan sagu digunakan di pelbagai tempat di seluruh dunia. Kebanyakan glukosa komersial wujud dalam bentuk komponen gula songsang (invert sugar) iaitu campuran kasar glukosa dan fruktosa bernisbah 1:1. Pokoknya, selulosa boleh dihidrolisiskan menjadi glukosa, namun proses ini belum lagi boleh dipergunakan secara komersialnya.[4] Sirap glukosa (juga dikenali sebagai sirap jagung) secara asasnya merupakan larutan akueus sakarida tulen dihasilkan daripada kanji boleh dimakan, yang mempunyai nilai kesetaraan dekstrosa (dextrose equivalency, DE) sebanyak 20 atau lebih; sirap jagung yang dikeringkan adalah sirap glukosa yang dikeluarkan airnya. Glukosa mempunyai nilai DE sebanyak 100 manakala maltodekstrin kering mempunyai nilai DE kurang daripada 20. Sirap jagung dengan sendirinya mempunyai nilai DE antara 20 dan 95.[5]

Ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Larutan[sunting | sunting sumber]

Kesemua jenis bentuk glukosa diperhatikan tidak berwarna dan mudah larut dalam air, asid asetik dan beberapa larutan yang lain. Jenis-jenis glukosa ini sedikit larut dalam metanol dan etanol.

Bentuk pepejal[sunting | sunting sumber]

Tiga bentuk pepejal glukosa dapat dihablurkan daripada larutan air bergantung kepada keadaan persekitaran, iaitu α-glukopiranosa, β-glukopiranosa, dan β-glukopiranosa hidrat.[4]

Dalam biologi manusia[sunting | sunting sumber]

Jumlah glukosa yang diperlukan oleh tubuh setiap hari ialah 160g. 120g daripadanya diperlukan oleh otak setiap hari bagi orang dewasa. Jumlah glukosa yang terdapat dalam cecair tubuh ialah 20g dan yang sedia ada daripada penguraian glikogen simpanan ialah 190g. Justeru, glikogen simpanan dapat membekalkan glukosa kepada tubuh secara mencukupi untuk tempoh satu hari sahaja. Dalam keadaan kebuluran yang berpanjangan, glukosa mesti dibentukkan daripada sumber bukan karbohidrat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Online Etymology Dictionary". Etymonline.com. Dicapai pada 25 November 2016. 
  2. ^ Encyclopedia of Food and Health (dalam bahasa Inggeris). Academic Press. 2015. p. 239. ISBN 9780123849533. 
  3. ^ Smith, Alison M.; Zeeman, Samuel C.; Smith, Steven M. (2005). "Starch Degradation". Annu. Rev. Plant Biol. 56: 73–98. doi:10.1146/annurev.arplant.56.032604.144257. 
  4. ^ a b Fred W. Schenck "Glucose and Glucose-Containing Syrups" in Ullmann's Encyclopedia of Industrial Chemistry 2006, Wiley-VCH, Weinheim. DOI:10.1002/14356007.a12_457.pub2 10.1002/14356007.a12_457.pub2
  5. ^ BeMiller, James N. & Whistler, Roy L., ed. (2009). Starch: Chemistry and Technology. Food Science and Technology (edisi 3rd). New York: Academic Press. ISBN 008092655X. Dicapai pada 25 November 2016.