Perolehan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Perolehan (Earning) merupakan keuntungan bersih bagi operasi korporate.[1] Pendapatan juga merupakan jumlah di mana cukai corporate perlu dibayar. Bagi analisa aspek khusus operasi corporate beberapa istilah lebih khusus digunakan sebagai EBIT -- perolehan sebelum faedah dan cukai, EBITDA - perolehan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (amortization).

Banyak istilah lain bagi perolehan dalam kegunaan umum, seperti pendapatan dan keuntungan. Istilah ini sebaliknya memiliki pelbagai takrifan, bergantung kepada konteks dan matlamat pengarang. Sebagai contoh, Jabatan Cukai menggunakan istilah keuntungan bagi menggambarkan perolehan, sementara bagi corporate untung yang dilaporkan merupakan jumlah yang tinggal selepas jumlah cukai ambil kira. Banyak perbincangan ekonomi menggunakan prinsip hasilan dari Karl Marx [2] dan Adam Smith.[3] Bagaimanapun peningkatan kepentingan modal intelektual [4] member kesan pada analisa sedemikian.

Pendapatan rutin[sunting | sunting sumber]

Pendapatan rutin atau pendapatan berasaskan komoditi merupakan pendapatan yang boleh dicapai dengan penggunaan aset oleh sebarang perniagaan yang menggajikan modal dan tenaga kerja yang mencukupi. Keadaan ini biasanya ditanggap dalam analisa ekonomi keuntungan.

Perolehan tidak rutin[sunting | sunting sumber]

Kegunaan hak milik intelektual menghasilkan keuntungan tidak rutin. Ini sering kali berkali ganda lebih besar berbanding pendapatan rutin.[5] Pendapatan tidak rutin adalah penting bagi mewajarkan pelaburan tinggi yang diperlukan bagi industry teknologi tinggi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Robert G. Eccles, Robert H. Herz, E. Mary Keegan, David M. H. Phillips: The Value Reporting Revolution: Moving Beyond the Earnings Game; Price-Waterhouse-Coopers, 2001.
  2. Karl Marx: Das Kapital, Kritik der Politischen Oekonmie; 1967.
  3. Adam Smith: The Wealth of Nations; 1876.
  4. Gordon Smith and Russell Parr: Intellectual Property, 4th edition; Wiley 2005.
  5. John Hand and Baruch Lev (editors): Intangible Assets, Values, Measures. and Risks; Oxford University Press, 2003.