Perpustakaan Negara Colombia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
National Library of Colombia logo

Perpustakaan Negara Colombia (Bahasa Sepanyol: Biblioteca Nacional de Colombia) merupakan perpustakaan negara bagi Colombia yang diletak dibawah Kementerian Kebudayaan Colombia.

Perpustakaan ini merupakan perpustakaan tertua di benua Amerika. Ia telah diasaskan pada penghujung abad ke-18 dalam tahun 1777 oleh Wizurai Manuel De Guirior, yang membangunkan sebuah perpustakaan di Bogotá. Koleksi asal perpustakaan ini terdiri daripada buku-buku yang dirampas dari masyarakat Jesuit, yang telah diusir dari Empayar Sepanyol, hasil dari arahan pada tahun 1767 oleh Raja Charles III dari Sepanyol. Pada tahun 1825, hasil dari kerja Francisco de Paula Santander, perpustakaan dibina di kampus Colegio de San Bartolomé

Pautan luar[sunting | sunting sumber]