Perpustakaan Negara Mirza Fatali Akhundov Azerbaijan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perpustakaan Negara Azerbaijan
Maklumat geografi
Negara Azerbaijan
Lokasi
Koordinat40°22′27″N 49°50′45″E / 40.37417°N 49.84583°E / 40.37417; 49.84583Koordinat: 40°22′27″N 49°50′45″E / 40.37417°N 49.84583°E / 40.37417; 49.84583
Maklumat am
Jenis
Ditubuhkan
1923 (100 tahun yang lalu) (1923)
Maklumat koleksi
Item terkumpul
5juta bahan
Maklumat kebolehcapaian
Keperluan capaian
Berdaftar
Maklumat lain
Kakitangan210
Laman sesawang
ANL.az
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Perpustakaan Negara Mirza Fatali Akhundov Azerbaijan (Azeri: Mirzə Fətəli Axundov adına Azərbaycan Milli Kitabxanası) merupakan sebuah perpustakaan negara bagi Azerbaijan, yang terletak di Baku dan ditubuh pada tahun 1922. Dinamakan sempena Mirza Fatali Akhundov, Akhundov merupakan seorang dramatis dan ahli falsafah Azerbaijan. Perpustakaan ini menghadap Jalan Khagani, Jalan Rashid Behbudov dan Jalan Nizami. Ia turut menampilkan patung-patung penulis dan penyajak seperti: Nizami Ganjavi, Mahsati, Uzeyir Hajibeyov, Shota Rustaveli, Alexander Pushkin dan beberapa orang yang lain.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ditubuhkan pada tahun 1922, perpustakaan ini telah berpindah ke lokasi kini pada 23 Mei 1923. Bangunan perpustakaan telah direka oleh arkitek tempatan, Mikayil Huseynov. Pada mulanya ia dikenali sebagai Perpustakaan Umum dan Simpanan Buku Negeri Azerbaijan sebelum ditukar kepada nama kini pada 11 Julai 1939. Pada tahun 1962, perpustakaan mendapat kebenaran untuk mengadakan pertukaran dengan Bibliothèque nationale de France.

Koleksi[sunting | sunting sumber]

Perpustakaan menempatkan buku-buku, bahan bercetak, surat khabar, peta, disertasi dan rekod,[1] termasuklah salinan kesemua surat khabar yang diterbitkan semasa zaman Soviet. Ia turut menerima empat buah salinan bagi setiap buku baharu dan dua buah salinan bagi setiap majalah dan surat khabar yang diterbitkan di Azerbaijan. Perpustakaan ini turut menjadi satu-satunya perpustakaan yang menyimpan mikrofilem dan foto surat khabar yang diterbitkan di Azerbaijan sebelum Revolusi Bolshevik.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Meet Me at the Akhundov by Leyla Gafurova. Azerbaijan International Magazine. #8.2. Summer 2000

Pautan luar[sunting | sunting sumber]