Perpustakaan Negara Myanmar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perpustakaan Negara Myanmar (Burma: အမျိုးသားစာကြည့်တိုက်), yang terletak di Yankin, merupakan perpustakaan negara bagi Myanmar. Ditubuhkan pada tahun 1952, perpustakaan ini, bersama-sama dengan Perpustakaan Universiti Yangon, merupakan salah satu daripada dua buah perpustakaan penyelidikan di Yangon.[1] The library houses more than 220,000 books, divided into 10 sections.[2]

Koleksi perpustakaan ini kira-kira 618,000 buah buku dan terbitan bersiri, selain kira-kira 15,000 buah manuskrip berharga dan jarang ditemui. Walau bagaimanapun, pada tahun 2006, kerajaan tentera mengumumkan perancangan untuk mengalihkan sebahagian besar koleksinya ke Perpustakaan Negara yang baharu yang terletak di Nay Pyi Taw, serta menjual bangunan lapan tingkat dan lot 10-ekar (4.0 he) di Tamwe.[1] Pada Oktober 2008, Perpustakaan Negara berpindah ke kawasan terkini.

Koleksi buku-buku teks kuno Burma yang terdapat di perpustakaan ini terdiri daripada 16,066 prasasti daun palma, 1972 parabaik (tablet bertulis berlipat yang diperbuat dari kertas, kain atau logam), dan 345 skrip tulisan penulis terkenal.[2] Bahagian pemeliharaan dan pemuliharaan perpustakaan, yang ditubuhkan pada tahun 1993, ditugaskan untuk mengekalkan manuskrip Burma yang jarang ditemui.[3] Perpustakaan turut merancangan untuk mewujudkan katalog dalam talian.[2]

Perpustakaan Negara Myanmar merupakan ahli International Federation of Library Associations dan Institutions and National Libraries Group-Southeast Asia.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Perpustakaan Negara berasal dari Perpustakaan Percuma Bernard, yang dibuka pada tahun 1883 semasa era penjajahan British. Perpustakaan Bernard kemudiannya dinamakan semula sebagai Perpustakaan Negeri di bawah Kementeriaan Budaya pada tahun 1958 dan mengubah nama menjadi Perpustakaan Negara pada tahun 1967. Pada mulanya perpustakaan terletak di bangunan Dewan Jubli, kemudiaannya dipindahkan ke Jalan Pansodan dan Tamwe, sebelum akhirnya berpindah ke bangunan kini di Yankin pada tahun Oktober 2008.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Yeni (10 Ogos 2006). "Dismay over National Library Move". The Irrawaddy. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Februari 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ a b c d Cherry Thein (27 Oktober 2008). "National Library moves to new location in Yankin township". The Myanmar Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Februari 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan); Cite journal requires |journal= (bantuan)
  3. ^ "History of National Library". Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Februari 2009. Dicapai pada 31 Oktober 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)