Persatuan Penterjemah Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Persatuan Penterjemah Malaysia (bahasa Inggeris: Malaysian Translators Association) atau singkatnya PPM ialah sebuah badan profesional sukarela yang ditubuhkan di bawah naungan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). PPM ialah ahli pemerhati pertubuhan Persekutuan Penterjemah Dunia (International Federation of Translators atau FIT) sejak tahun 2008.

PPM didaftarkan pada 4 Oktober 1979 dan telah mengaktifkan kegiatan yang berkaitan dengan penterjemahan secara kolektif di kalangan penterjemah/jurubahasa dan editor profesional di Malaysia. Sehingga kini, PPM mempunyai seramai lebih daripada 1,200 orang penterjemah/jurubahasa dan editor profesional dari pelbagai bidang. Persatuan profesional ini diketuai oleh Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan.

Antara tujuan asas persatuan yang beribu pejabat di Kuala Lumpur ini termasuklah mempererat dan memperkukuh kerjasama di antara para penterjemah demi memperbaik dan meningkatkan mutu terjemahan mereka serta memberi sumbangan positif terhadap usaha untuk memperbanyak bahan bacaan dalam Bahasa Melayu yang meliputi semua bidang ilmu.

Pengasas/ Presiden Persatuan Peterjemah Malaysia yang pertama ialah Prof. Emeritus Muhammad Haji Salleh, iaitu pada tahun 1979. Sebelum itu Pesatuan ini dikenali sebagai Kumpulan Penterjemah Malaysia.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Persatuan Penterjemah Malaysia
171-A, Tingkat 1, Jalan Maharajalela
50150 Kuala Lumpur
Malaysia

Telefon: +603-9226 2506; +603-2144 2506

Faks: +603-2142 4381

Laman sesawang: www.malaysiantranslatorsassociation.com

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]