Pertanian di Filipina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Kawasan sawah padi di Balagtas, Buracan.

Pertanian di Filipina menyumbang terhadap 27.7% dari tenaga buruh di negara tersebut, menurut Bank Dunia pada 2017.[1]

Beras[sunting | sunting sumber]

Filipina merupakan pengeluar beras kelapan terbesar dunia, dengan menyumbang sebanyak 2.8% pengeluaran beras dunia.[2] Filipina juga merupakan pengimport beras terbesar dunia pada 2010. Hampir 15.7 tan metrik beras telah dihasilkan pada 2010 dan menyumbang kepada 21.86% dalam nilai tambah kasar pertanian serta 2.37% dalam pendapatan negara kasar.[3][4]

Pengeluaran beras di Filipina mula meningkat sejak 50-an, dengan kemunculan variasi-variasi beras baharu serta penggunaan baja yang kian meluas. Produktiviti pengeluaran meningkat dari 1.23 tan metrik sehektar pada 1961 kepada 3.59 tan metrik sehektar pada 2009.[2]

Tebu[sunting | sunting sumber]

Pemprosesan gula tebu di sebuah kilang Filipina.

Kira-kira 360,000 hingga 390,000 hektar tanah di Filipina digunakan untuk penanaman tebu.[5] Menurut anggaran 2012, kira-kira 700,000 orang mendapat pekerjaan dalam sektor tersebut di wilayah-wilayah pengeluar tebu.[6]

Penanaman tebu di Filipina telah bermula sebelum zaman Sepanyol di negara tersebut dan dan menjadi eksport pertanian terbesar pada lewat abad ke-18 hingga pertengahan 1970-an. Pada 1950-an hingga 60-an, tebu meliputi lebih 20% eksport keseluruhan negara.[7]

Kelapa[sunting | sunting sumber]

Mengikut pada anggaran oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian, Filipina merupakan pengeluar kelapa terbesar dunia dengan pengeluaran sebanyak 19.5 juta tan pada 2015.[8] Penanaman kelapa biasanya tertumpu pada ladang bersaiz sederhana, dengan 3.5 juta hektar digunakan untuk penanaman kelapa, iaitu kira-kira suku dari jumlah tanah penanaman di Filipina.[9]

Serat abaka[sunting | sunting sumber]

Filipina dikatakan menyumbang terhadap 87.5% pengeluaran serat abaka dunia, dengan pendapatan sebanyak AS$111.33 juta pada 2014. Kawasan Bicol merupakan pengeluar abaka terbesar Filipina, dengan pengeluaran sebanyak 27,85 tan metrik pada tahun tersebut.[10]

Buah-buahan[sunting | sunting sumber]

Filipina merupakan pengeluar nanas ketiga terbesar dunia dengan pengeluaran lebih 2.4 juta tan metrik pada 2015.[11] Bersama China dan India, Filipina merupakan pengeluar-pengeluar pisang terbesar dunia, dengan kira-kira 9.165 juta tan metrik dihasilkan di Filipina, terutamanya di kawasan Mindanao dan Davao.[12] Mangga merupakan buah ketiga terbanyak dihasilkan di Filipina.[13]

Jagung[sunting | sunting sumber]

Pada 2012, kira-kira 2.594 juta hektar tanah Filipina digunakan untuk penanaman jagung dengan pengeluaran 7.408 juta tan metrik. Lebu kurang 600 ribu isi rumah terlibat dalam sektor penanaman jagung di Filipina.[14]

Getah[sunting | sunting sumber]

Pengeluaran getah di Filipina ialah sebanyak 111,204 tan metrik pada 2013 dan memberi pekerjaan terhadap kira-kira 458 ribu buah keluarga.[15][16]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://data.worldbank.org/indicator/SL.AGR.EMPL.ZS?locations=PH
  2. ^ a b "2009 Crop Production Statistics". FAO Stat. FAO Statistics. Dicapai pada 30 Mac 2011.
  3. ^ "Palay: Volume of Production by Cereal Type, Geolocation, Period and Year". CountrySTAT Database. Bureau of Agricultural Statistics. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mac 2011. Dicapai pada 30 March 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ "Philippine economy posts 7.1 percent GDP growth". National Accounts of the Philippines. National Statistical Coordination Board. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-04-15. Dicapai pada 30 Mac 2011. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  5. ^ Master Plan For the Philippine Sugar Industry. Sugar Master Plan Foundation, Inc. 2010. m/s. 7.
  6. ^ Master Plan For the Philippine Sugar Industry. Sugar Master Plan Foundation, Inc. 2010. m/s. 4–6.
  7. ^ "History". Dicapai pada 17 March 2015.
  8. ^ Food And Agriculture Organization of the United Nations:
    Economic And Social Department: The Statistical Division
    Diarkibkan 2015-09-06 di Wayback Machine
  9. ^ "Philippines to launch coconut cluster". Investvine.com. 2013-02-16. Dicapai pada 2013-02-22.
  10. ^ "PH biggest abaca exporter | Malaya Business Insight". Malaya Business Insight. 15 Jun 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-09. Dicapai pada 2018-11-13.
  11. ^ fao.org. "Food and Agricultural commodities production > Countries by commodity > Pineapples (2013)". Dicapai pada 12 July 2016.
  12. ^ "Banana". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-01. Dicapai pada 1 November 2018.
  13. ^ "Mango". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-28. Dicapai pada 17 Mac 2015.
  14. ^ ""Agri-Pinoy Corn Program", Republic of Philippines Department of Agriculture". da.gov.ph. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-22. Dicapai pada 2014-01-22. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  15. ^ "Rubber". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-01. Dicapai pada 17 March 2015.
  16. ^ "Food and Agricultural commodities production / Countries by commodity". Dicapai pada May 27, 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Topik Filipina