Pertempuran Darin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perang Darin
Sebahagian daripada Peperangan Islam-Riddah
Tarikh633
Lokasi
Juwathah, Pulau Darin
Keputusan Kemenangan muktamad Khulafa al-Rasyidun
Perubahan
wilayah
Wilayah Juwathah dan Pulau Darin dikuasai tentera Islam
Pihak yang terlibat
Khulafa al-Rasyidun Pemberontak Murtad
Komandan dan pemimpin
Ala' ibn Al-Hadhrami, Muthanna ibn Harith Hutam
Kekuatan
5,000 7,000
Kerugian dan korban
1,000+ 4,000+

Perang Darin ini merupakan peperangan yang berlaku di sebuah pulau yang bernama Darin. Pulau ini terletak di dalam wilayah Teluk Parsi yang mana hari ini terletak di dalam negara Bahrain.

Ketika berlaku murtad secara besar-besaran di kawasan Bahrain, Khalifah Abu Bakar menghantar tentera Islam pimpinan Ala' ibn Al-Hadhrami dengan di bantu oleh Muthanna ibn Harith untuk mencegah pemberontakan tersebut. Ketika ini pasukan pemberontak murtad yang ketika itu berpusat di Juwathah mengangkat seorang bangsawan anak tempatan bernama Hutam untuk mengetuai pertahanan dalam menghadapi tentera Islam.

Ketika berlakunya pertempuran ini, pasukan pemberontak tewas dan berundur ke pulau Darin dan bertahan di dalam kota. Tentera Islam juga mengejar pasukan terbabit dan mengepung kota itu selama sebulan. Setelah sebulan, Muthanna mendapat maklumat daripada risikan bahawa pasukan pemberontak sedang mengadakan majlis dan ramai askarnya mabuk.

Setelah mendapat maklumat daripada Muthanna, Ala' melancarkan serangan mengejut ke atas kota pulau Darin dan ketuanya Hutam berjaya dibunuh. Setelah itu, tiada lagi gerakan murtad di wilayah Bahrain.