Pergi ke kandungan

Konflik Fatah–Hamas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Pertempuran Gaza (2007))
Perang Saudara Palestin

Peta Negara Palestin menunjukkan bandar penting
Tarikh15 Disember 2006 – kini (tiada pertempuran besar sejak 2008)
Lokasi
Genting Gaza (kebanyakannya), Tebing Barat
Keputusan Hamas mengambil alih kuasa di Gaza (2007)
Perjanjian perdamaian (2011)
Pihak yang terlibat
Hamas Fatah
Kekuatan
Briged Izzuddin Al-Qassam: 15,000
Kuasa Polis Eksekutif: 6,000[1][2]
Keselamatan Kebangsaan: 30,000
Kuasa Keselamatan Pencegahan: 30,000
Risikan Umum: 5,000
Pengawal Presiden: 4,200
Briged Syuhada al-Aqsa: Beberapa ribu[1][2]
Kerugian dan korban
83 terbunuh 165 terbunuh
98 orang awam terbunuh
1000+ cedera, di kedua belah pihak[3]

Konflik Fatah-Hamas (Arab: النزاع بين فتح و حماس Al-Nizāʿ baina Fataḥ wa Ḥamās), atau Perang Saudara Palestin (Arab: الحرب الأهلية الفلسطينية Al-Ḥarb al-ʾAhliyyah al-Filisṭīnīyah) atau Konflik Saudara (Arab: صراع الأخوة Ṣirāʿ al-Ikhwah), bermula pada akhir 2006 dan masih berjalan sehingga pertengahan 2011, di antara dua puak utama Palestin, Fatah dan Hamas. Kebanyakan pertempuran terjadi di Genting Gaza, yang telah diambil alih oleh Hamas pada Jun 2007.[4]

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Ketegangan antara Hamas dan Fatah bermula pada 2005 selepas kematian pemimpin lama Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) Yasser Arafat, yang meninggal pada November 2004, dan menjadi bertambah buruk selepas Hamas memenangi pilihan raya pada 2006.

Perjanjian perdamaian 2011

[sunting | sunting sumber]

Hamas dan Fatah, selain kumpulan Palestin lain, telah mengadakan rundingan bertujuan mendamaikan puak berselisihan[5] buat kali pertama pada Februari 2010. Pada Mac 2010, dalam rancangan TV Debat Doha, wakil Fatah dan Hamas membincangkan masa depan kepimpinan Palestin.[6]

Satu perjanjian perdamaian antara Fatah dan Hamas dicapai di Kaherah pada 27 April 2011. Mereka bersetuju membentuk kerajaan perpaduan,[7] dan mengadakan pilihan raya di kedua-dua wilayah Palestin dalam masa 12 bulan pembentukan kerajaan tersebut.[8] Pemeteraian persetujuan ini menandakan perapatan jurang empat tahun antara dua seteru ini.[9]

Pada 4 Mei 2011 dalam satu upacara di Kaherah, persetujuan ini ditandatangani secara rasmi oleh Presiden Pihak Berkuasa Palestin dan pemimpin Fatah Mahmud Abbas dengan pemimpin Hamas Khaled Meshal.[10][11] Persetiaan ini memberikan rangka untuk membentuk kerajaan "peralihan" teknokrat untuk persediaan pilihan raya perundangan dan presiden dalam jangka masa setahun. Ia juga membenarkan kemasukan Hamas ke dalam PLO dan memegang jawatan dalam Majlis Kebangsaan Palestin. PBP akan terus menjaga kawalan keselamatan di Tebing Barat, begitu juga kerajaan Hamas di Gaza. Perjanjian ini bagaimanapun dibantah Israel dan sekutunya Amerika Syarikat.[12]

  1. ^ a b "Religious war in Gaza". YnetNews. 3 Feb 2007.
  2. ^ a b Henry Chu (17 Mei 2007). "Factional fighting in Gaza imperils unity government". Los Angeles Times.
  3. ^ "Over 600 Palestinians killed in internal clashes since 2006". Ynetnews.com. 1995-06-20. Dicapai pada 2011-04-24.
  4. ^ Ian Black; Mark Tran (Jumaat 15 Jun 2007). "Hamas takes control of Gaza". Guardian. London. Dicapai pada 3 Jun 2010. Check date values in: |date= (bantuan)
  5. ^ "Hamas, Fatah 'join Gaza reconciliation talks' (AFP)". Google.com. 2010-02-14. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-25. Dicapai pada 2011-04-24.
  6. ^ 'The Real News' YouTube channel - Doha Debates - Fatah vs Hamas debate, dimuatnaik 26 Mac 2010, dicapai 28 April 2010
  7. ^ "Rival Fatah, Hamas movements reach unity deal". CNN.com. Cable News Network. 27 April 2011. Dicapai pada 2011-04-28.
  8. ^ "Fatah, Hamas agree general elections". The Voice of Russia. 27 April 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-20. Dicapai pada 2011-04-28.
  9. ^ Elior Levy; Attila Somfalvi (27 April 2011). "Fatah, Hamas sign reconciliation agreement". Ynetnews. Israel News; Yedioth Internet. Dicapai pada 2011-04-28.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  10. ^ Fatah and Hamas Sign Reconciliation Pact, New York Times, 4 Mei 2011.
  11. ^ Four years of bitter Fatah-Hamas infighting comes to end at Cairo ceremony, Haaretz, 4 Mei 2011.
  12. ^ Palestinian factions, in Cairo, sign unity accord, Washington Post, 4 Mei 2011.