Pergi ke kandungan

Pertempuran Sungai Darah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pertempuran Bloedriver ("Sungai Darah")
/Sungai Ncome
Sebahagian daripada Trek Besar

Pintu gerbang ke Tugu Pertempuran Sungai Darah di Kwazulu-Natal
Tarikh16 Disember 1838
LokasiKoordinat: 28°6′19″S 30°32′30″E / 28.10528°S 30.54167°E / -28.10528; 30.54167
Keputusan Pihak Boer menang dan berjaya meluaskan kawasan penempatan mereka.
Pihak yang terlibat
Voortrekker Kerajaan Zulu
Komandan dan pemimpin
Andries Pretorius
Sarel Cilliers
Dambuza
Ndlela kaSompisi
Kekuatan
464 anggota Voortrekker + 200 khadam
sebuah carronade 6 paun dan sebuah meriam 4 paun
10,000~20,000 anggota
Kerugian dan korban
3 cedera 3,000+ terkorban


Pertempuran Sungai Darah atau Pertempuran Sungai Ncome (Afrikaans: Slag van Bloedrivier; Zulu: iMpi yaseNcome) telah tercetus pada 16 Disember 1838 di tebing Sungai Ncome (Bloedrivier) di tempat yang kini KwaZulu-Natal, Afrika Selatan.

Sekumpulan 470 anggota Voortrekker pimpinan Andries Pretorius, telah membuat benteng laager (lingkaran kereta lembu) sebagai pertahanan menentang kemaraan perwira Zulu atau Impis berjumlah 10 hingga 20 ribu orang, di bawah pemerintahan Raja Dingane yang diketuai oleh Dambuza (Nzobo) dan Ndlela kaSompisi. Meskipun, bilangan pihak Boer jauh lebih rendah berbanding bala tentera Raja Zulu, mereka berjaya menewaskan tentera tersebut dan peristiwa ini merupakan titik penting dalam penubuhan kerajaan Boer di Afrika Selatan.

Pertempuran ini rentetan daripada pembunuhan Piet Retief, seorang ketua kumpulan Voortrekker pada 6 Februari 1838. Pada November 1837, Piet Retief dan kumpulan diplomatiknya telah berjumpa dengan Raja Dingane untuk meminta tanah di kawasannya. Raja ini bersetuju dengan syarat kumpulannya memulangkan beberapa ekor kerbau yang telah dicuri. Apabila kerbaunya dipulangkan, Raja Dingane menandatangani perjanjian penyerahan tanah kepada pihak Voortrekker.

Piet Retief bersama delegasinya kemudiannya telah dijemput ke satu jamuan perpisahan. Sebelum dibenarkan masuk, mereka dilarang membawa sebarang senjata api kerana kononnya ia menghina Raja Dingane. Rupa-rupanya perjanjian Raja Dingane adalah palsu dan kesemua orang Boer bersama-sama ketuanya Piet Retief, telah ditawan dan dibunuh secara kejam. Pada waktu yang sama, tentera Zulu telah mengepung dan membunuh saki baki kumpulan di bawah jagaan Retief - sekitar 500 orang Boer, lelaki, wanita dan kanak-kanak (kini digelar "pembunuhan beramai-ramai Weenen" - perkataan Bahasa Afrikaans yang bermaksud "tangisan" yang turut dijadikan nama sebuah bandar berdekatan tapak-tapak pembunuhan ini). Selepas itu, Dingane menghantar tenteranya untuk menjejak serta membunuh kumpulan Voortrekker lain di bawah pimpinan Andries Pretorius.

Strategi pertempuran

[sunting | sunting sumber]

Pada 15 Disember, pihak Voortrekker mendapat berita tentang kemaraan bala tentera Zulu yang besar. Pretorius telah memilih satu lokasi yang sangat sesuai iaitu di sebelah Bloedrivier ("Sungai Darah"), di mana kereta lembu mereka disusun menjadi sebuah laager - satu formasi ketenteraan di mana kereta lembu disusun sama ada dalam bentuk segi empat atau bulatan.

Perwira Zulu atau Impi telah berulang kali menyerang laager Voortrekkers tetapi gagal menembusinya. Oleh sebab bala tentera Zulu yang besar, Pretorius bimbang bekalan pelurunya akan habis. Lalu, beliau pun mengarahkan pasukan berkudanya keluar dari kubu tersebut dan menyerang tentera Zulu secara langsung. Pasukan berkudanya yang pakar dalam memburu telah membunuh beberapa ratus tentera Zulu, setengahnya masih menyeberang sungai Ncome. Akibatnya sungai itu bertukar menjadi merah darah dan sehingga ke hari ini dipanggil Sungai Darah atau Sungai "Darah". Pretorius sendiri telah tercedera akibat lembing assegai (lembing Zulu) yang menikam tangan kirinya. Selepas mengalami kekalahan yang teruk, tentera Zulu pun terpaksa berundur. 3,000 daripada tentera mereka telah terkorban, manakala hanya 3 askar Boer sahaja yang tercedera.

Kemenangan bangsa Boer adalah disebabkan kelebihan senjata api mereka iaitu senapang dan tiga buah meriam. Namun semangat juang mereka yang tinggi mungkin disebabkan keinginan membalas dendam atas pembunuhan beramai-ramai Voortrekker di tangan Raja Dingane.

Penawanan UmGungundlovu serta pelemahan kuasa ketenteraan Dingane menyebabkan Putera Mpande mewujudkan suatu gabungan ketenteraan bersama pihak Pretorius, lalu memarakkan Perang Saudara Zulu.

Pemeringatan

[sunting | sunting sumber]

Sebelum pertempuran bermula, pihak Voortrekker yang kuat beragama Kristian mereka telah bersumpah untuk membina sebuah gereja sekiranya mereka berjaya serta memperingati hari kemenangan itu sebagai suatu hari keagamaan. Hari kemenangan tersebut, pada 16 Disember, dikenali sebagai Geloftedag / Day of the Vow atau Dingaansdag / Day of the Covenant (Hari Bersumpah). Hari tersebut kini dikenali sebagai Hari Pendamaian (Day of Reconciliation) sejak 1994.

Gereja tersebut, Gelofte Kerk, dibina di bandar Pietermaritzburg, Natal pada tahun 1841, atas tanah ladang "Welverdient" ("diraih dengan baiknya") hadiah daripada golongan Voortrekker.[1]

  1. ^ "Pietermaritzburg Historical Sites: information related to historic locations, commemorated monuments". Text "archive-url" ignored (bantuan)

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]
  • Cameron & Spies (1991). Nuwe Geskiedenis van Suid-Afrika (ed. dikemaskini). Human & Rousseau.
  • Lyster, Lynn. "The Voortrekkers Vow". Poems of South African History, A.D. 1497–1910.
  • Mackenzie,S.P. (1997). Revolutionary Armies in the Modern Era: A Revisionist Approach. Routledge. ISBN 978-0-415-09690-4.
  • Voigt, J.C. Voigt (1969). Fifty Years of the History of the Republic in South Africa (1795–1845). 2. ISBN 0-8371-1306-7.