Pertempuran Zaturriqa`

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pertempuran Zatur Riqa`
Sebahagian daripada Perang Arab Madinah-Arab Utara
Tarikh 626 M / Muharram 4 Hijrah
Lokasi Najd sebelah utara Khaybar
Hasil Kemenangan Muslim
Pihak yang terlibat
Arab Muslim Persekutuan Bani Muharib, Bani Tsa'labah dan Bani Ghathafan
Komandan
Muhammad ?
Kekuatan
400 ?
Korban
? ?


Pertempuran Zatu al-Riqa` (Arab:ذات الرقاع) adalah pertempuran antara pihak Muslimin dengan Bani Muharib, Bani Tsa'labah dan Bani Ghathafan, di sebuah daerah berdekatan Najd, peperangan ini telah dimenangi oleh pihak Arab Muslim. Kisah pertempuran ini juga disebut sebagai Perang Bani Anmar,[1] sedangkan dalam buku yang berjudul Kelengkapan Sejarah Nabi Muhammad, disebut juga sebagai Perang al-Ajib.[2]

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Dinamakan Perang Zatu al-Riqa` kerana para prajurit Muslim telah membalut kaki mereka yang telah luka dengan potongan-potongan kain (riqa`).[3] Lalu setiap enam orang menahan seekor unta sehingga membuat kaki mereka mengeluarkan darah.

Pertempuran[sunting | sunting sumber]

Fail:Dzatu al-Riqa'.jpg
Peta Peperangan Zatu al-Riqa`, dari Madinah menuju utara Khaybar.

Perang ini terjadi berdekatan kebun kurma, sebelah utara Khaibar, jaraknya dikatakan hanya kira-kira 100km dari utara Madinah, yang terletak antara kebun kurma, lembah al-Hanakiyah dan asy-Syuqrah.

Menurut kisah Islam, dalam perang Dzatu al-Riqa' ini, Malaikat Jibril telah mengajari cara menunaikan Solat Khauf kepada Nabi Muhammad SAW dan umat Islam memperoleh kelonggaran untuk bertayammum. Dalam tahun itu juga terjadi Perang Badar yang terakhir, kemudian isteri Nabi Muhammad SAW yang bernama Zainab binti Khuzaimah meninggal dunia. Pada tahun yang sama pula lahir cucu Nabi Muhammad SAW iaitu Husain anak Ali dan Muhammad telah bernikah dengan Ummu Salamah.

Catatan kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://hasanhusein.blogspot.com/2008/10/surat-al-maidah-67.html
  2. ^ Kelengkapan Tarikh Edisi Lux Jilid 2 Oleh Moenawar Chalil, K.H. di Books.Google.com
  3. ^ Hadis riwayat Abu Musa, ia berkata: Kami berjumlah enam orang pernah berangkat bersama Rasulullah SAW dalam suatu peperangan. Kami hanya memiliki seekor unta yang kami tunggangi secara bergantian hingga terkelupaslah kulit-kulit tapak kaki kami begitu juga dengan kedua tapak kakiku bahkan kuku-kukuku banyak yang tanggal. Lalu kami pun membalut kaki-kaki kami dengan potongan kain, maka disebutlah perang Zaturriqa` (riqa` = potongan-potongan kain). Kerana kami membaluti kaki-kaki kami dengan potongan kain.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]