Peter Pevensie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
William Moseley sebagai Peter Pevensie dalam The Chronicles of Narnia: The Lion, the Witch and the Wardrobe

Peter Pevensie merupakan watak rekaan dalam kisah Riwayat Narnia karangan C. S. Lewis dan merupakan yang paling tua dalam adaik-beradik Pevensie yang merupakan kanak-kanak yang berpeluang ke dunia Narnia. Watak beliau muncul dalam empat buku dari tujuh siri iaitu: Sang Singa, Ahli Sihir dan Almari dan Putera Caspian sebagai watak kanak-kanak utama. Namanya juga disebut dalam Kuda dan Budaknya, dan muncul sebagai orang dewasa dalam Pertarungan Terakhir.

Peranan Watak[sunting | sunting sumber]

Peter bersama adik-adiknya ke rumah Profesor Kirke untuk mengelakkan bahaya Perang Dunia Kedua yang meletus di kota London. Mengikut susunan, beliau merupakan kanak-kanak yang keenam yang menemui Narnia dari dunia biasa (selepas Digory, Polly, Lucy, Edmund dan serentak dengan Susan). Ini disebabkan beliau tidak mempercayai akan cerita adiknya yang 'menjumpai hutan dalam almari'. Walau bagaimanapun, mereka memasuki ke dalam almari itu serentak apabila mengelakkan diri dari bertembung dengan pelawat yang datang ke rumah Profesor.

Walau bagaimanapun, kemunculan beliau dan adik-adiknya betul-betul tidak menyenangkan mereka apabila kedatangan mereka dikaitkan dengan ramalan untuk berperang. Peter tetap menunjukkan sikap ketabahannya untuk membantu Aslan menewaskan Ratu Jadis yang telah menjadikan Narnia mengalami musim sejuk yang sangat panjang.

Sebelum peperangan bermula, Peter telah dianugerahkan gelaran panglima, "Sir Peter Wolf's-Bane" oleh Aslan setelah mengalahkan sang serigala Maugrim, ketua polis Rahsia Penyihir Putih yang cuba untuk membunuh Susan dan Lucy. Dicatatkan bahawa inilah pertarungan Peter yang pertama. Dalam filem animasi pada tahun 1979 pula, Peter dianugerahkan "Sir Peter Fenris-bane" kerana Maugrim telah dinamakan sebagai Fenris-Ulf.

Richard Dempsey sebagai Peter Pevensie dalam siri TV BBC

Ketika Aslan melakukan pengorbanan di Meja Batu, Peter telah mengetuai angkatan perang membantu penghuni Narnia mengalahkan Ratu Jadis dan mengembalikan kegemilangan Narnia. Selepas kemenangan di Perang Beruna, Peter dan adik-adiknya memenuhi ramalan kuno Narnia yang mengatakan dua Anak Adam dan dua Anak Hawa harus menduduki keempat-empat takhta Narnia di istana Cair Paravel. Peter ditabalkan sebagai Raja Tertinggi Narnia dengan gelaran "Raja Peter yang Hebat, raja tertinggi Narnia, Maharaja Kepulauan Lone dan Penguasa Cair Paravel". Semasa pemerintahan Peter bersama adik-adiknya, Narnia mengalami Zaman Kegemilangan dan cerita mereka kekal terkenal sehingga tamat dunia Narnia.

Dalam penghujung Riwayat Narnia, Peter muncul untuk kembali ke dunia sebenar Narnia selepas kematiannya dan diamanahkan oleh Aslan untuk memegang pintu yang kandang yang memisahkan Narnia yang sedang mengalami kemusnahan dengan Narnia yang sebenar.

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Dalam filem Disney 2005 The Chronicles of Narnia: The Lion, the Witch and the Wardrobe dan 2008 The Chronicles of Narnia: Prince Caspian, Peter dilakonkan oleh pelakon remaja British, William Moseley. Bagi siri televisyen 1988 yang diterbitkan BBC, The Lion, the Witch and the Wardrobe, Peter dilakonkan oleh Richard Dempsey.

Riwayat Narnia oleh C. S. Lewis
Dunia Narnia

Peter | Susan | Edmund | Lucy | Eustace | Jill | Digory Kirke | Polly | Caspian | Aslan | Reepicheep | Shasta | Aravis | Bree | Shift | Tash | Tisroc | Tumnus | Penyihir Putih | Puddleglum

Watak Makhluk Tempat