Susan Pevensie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Susan Pevensie merupakan salah satu watak utama dalam Riwayat Narnia karangan. Susan merupakan anak perempuan yang paling tua dan anak kedua dari adik beradik Pevensie. Beliau muncul dalam tiga dari tujuh buku dalam siri ini iaitu — sebagai kanak-kanak dalam Sang Singa, Ahli Sihir dan Almari dan Putera Caspian, dan sebagai orang dewasa dalam Kuda dan Budaknya. Beliau turut dinyatakan dalam Pelayaran Pengembara Subuh dan Pertarungan Terakhir. Susan dikenali dengan kecantikannya dan kemahirannya dalam memanah serta diburu oleh Putera Rabadash dari Calormen. Selepas berada di Narnia untuk membantu Putera Caspian, dia diberitahu yang dia tidak akan kembali lagi ke Narnia. Selepas beberapa tahun, beliau mula meyakinkan dirinya yang Narnia hanyalah suatu permainan dan dia memikirkan adik-beradiknya yang lain tidak sepatutnya meneruskan cabaran kanak-kanak itu.

Semasa pemerintahan beliau di ibu negara Narnia iaitu Cair Paravel, beliau adalah Permaisuri Susan yang Santun, Permaisuri Narnia dan juga Permaisuri Susan yang Memiliki Semboyan.

Dalam filem The Chronicles of Narnia: The Lion, the Witch and the Wardrobe Susan ditampilkan oleh Anna Popplewell manakala watak Permaisuri Susan dilakonkan oleh Sophie Winkleman. Bagi versi TV BBC tahun 1988, Watak Susan dilakonkan oleh Sophie Cook.

Peranan[sunting | sunting sumber]

Sang Singa, Ahli Sihir dan Almari[sunting | sunting sumber]

Dalam Sang Singa, Ahli Sihir dan Almari, Susan telah diberikan busur dan panah oleh Bapa Krismas bersama dengan semboyan ajaib yang perlu ditiup ketika waktu susah untuk memanggil bantuan. Susan menunjukkan kehebatannya dalam memanah tetapi telah dinasihatkan untuk tidak terlibat dalam peperangan melainkan jika perlu. Bersama-sama dengan adiknya, Lucy, beliau menyaksikan kematian Aslan dan kebangkitannya kembali di Meja Batu.

Selepas pertempuran tersebut, beliau ditabalkan menjadi Permaisuri Susan yang Santun yang berkongsi tampuk pemerintahan bersama abang dan adiknya. Semasa pemerintahan merekalah Narnia menempuhi Zaman Kegemilangan.

Sepanjang jalan cerita, Susan sering menibulkan perasaan hati-hati dan sama ada masuk akal atau tidak. Walaupun ketika berada di penghujung tahun pemerintahan, beliau masih menentang untuk memburu Rusa Putih, tetapi kerana risau melanggar tradisi, dia bersama adik-beradiknya yang lain meneruskan pemburuan itu.

Kuda dan Budaknya[sunting | sunting sumber]

Dalam Kuda dan Budaknya, Susan memainkan peranan yang kecil. Beliau digambarkan sebagai wanita yang santun dengan rambut hitam mengurai hingga ke kaki. Shasta menemuinya sebagai perempuan yang paling cantik yang pernah dilihatnya. Bagi Permaisuri Susan, beliau diminta untuk mengahwini Putera Rabadash dari Calormen. Penolakannya membuatkan Tisroc mempunyai alasan untuk mencetuskan perang ke atas Narnia.

Putera Caspian[sunting | sunting sumber]

Dalam Putera Caspian, semboyan ajaib Susan memainkan peranan yang penting. Ketika cerita dalam buku ini berlaku, semboyan itu merupakan barang peninggalan berusia seribu tahun yang diberikan kepada bakal Raja Caspian X oleh tutornya, ahli sihir separa kerdil, Doktor Cornelius. Apabila nyawa Putera tersebut diancam oleh Raja Miraz yang merampas takhta Narnia, Caspian meniup semboyan tersebut dan adik beradik Pevensie telah muncul di Narnia secara tiba-tiba dari stesen kereta api.

Kali ini, Susan sekali lagi menonjolkan kebolehannya dalam memanah. Dengan menggunakan busur dan panah yang diperolehi dari runtuhan Cair Paravel, Susan dengan mudah mengalahkan pemanah hebat, Trumpkin si kerdil dalam satu perlawanan persahabatan.

Dalam jalan cerita kali ini, beliau berpura-pura percaya yang Aslan tidak akan kembali walaupun kemudiannya, beliau mengakui yang mengetahui akan kebenarannya selama ini. Aslan menegaskan yang Susan telah "menurut ketakutannya" tetapi hembusannya kemudian memulihkan kembali semangatnya dan turut bersama dalam pengembaraan mereka. Walau bagaimanapun, pada penghujung Putera Caspian, Aslan mengatakan yang beliau dan Peter tidak akan kembali ke Narnia lagi kerana mereka sudah hampir dewasa.

Pelayaran Pengembara Subuh[sunting | sunting sumber]

Dalam Pelayaran Pengembara Subuh, Susan menemani ibu bapanya ke Amerika pada 1942 sementara Peter diajar oleh Profesor Digory Kirke. Pada ketika ini, Susan dikatakan "yang paling cantik dalam keluarga" yang menimbulkan ketidak senangan pada Lucy. Hanya campur tangan Aslan yang membuatkan Lucy menentang hasratnya untuk mengenakan ke atas dirinya jampi kecantikan "melampaui segala yang ada" dari Buku Sihir Coriakin.

Pertarungan Terakhir[sunting | sunting sumber]

Dalam Pertarungan Terakhir, Susan tiidak muncul dan hal ini dengan jelas dapat diperhatikan. Peter mengatakan yang dia "bukan lagi sahabat Narnia" kerana (menurut kata-kata Jill) "dia tidak minat apa-apa pun kebelakangan ini melainkan nilon, gincu dan jemputan". Sama juga, Eustace mengatakan yang Susan sudah tidak mempunyai ingatan terhadap Narnia lagi, dengan mengatakan kepadanya, "Manisnya memori yang kamu ada! Bayangkan yang kamu masih fikirkan permainan kelakar yang kita pernah main masa kecil dulu." Maka, Susan tidak dapat memasuki Narnia yang sebenar pada penghujung siri. Terdapat kontroversi yang mengatakan sama ada Susan akan kekal begitu atau tidak.

Ulasan[sunting | sunting sumber]

Susan Pevensie lakonan Sophie Cook dalam versi TV BBC

Layanan terhadap wataknya menimbulkan kritikan dari golongan feminis yang mana mengambil berat tentang bagaimana watak ini ditulis dalam penghujung siri. Kritikan mengaitkan hal ini dengan ketakutan atau kebencian Lewis terhadap wanita dan sering dikaitkan dengan contoh lain bagi peranan watak perempuan dalam siri tersebut. Bertentangan dengan pandangan tersebut adalah watak perempuan yang positif dan realistik seperti Aravis dalam Kuda dan Budaknya serta Jill Pole dalam Kerusi Perak.

Terdapat juga perbalahan tentang sifat penyantun Susan melahirkan perasaan tidak bergantungan yang menghalangnya dari mengikuti Aslan (yang mana sekali lagi, bertentangan dengan perbalahan seksualiti). Dalam penafsiran ini, Lewis menjadikan Susan untuk mewakili sesiapa yang berada dalam kekeliruan yang mana dorongan mereka telah dihalang, bukan oleh sikap buruk mereka tetapi oleh kehidupan harian mereka.

Penyokong Lewis juga menimbulkan perkara tentang semua kanak-kanak yang lain memasuki Narnia "baru" (mewakili syurga) kerana mereka semua telah mati dalam kemalangan kereta api manakala Susan masih hidup kerana tidak terlibat dengan kemalangan itu. Maka, tiada bukti yang mengatakan Susan tidak akan sesekali dimasukkan ke dalam golongan itu. Perkara pertama yang dinyatakan bawah hal Susan dalam Companion of Narnia oleh Paul F. Ford amat membantu untuk memahami apa yang berlaku disebalik ketiadaan Susan pada penghujung Pertarungan Terakhir. Dan mungkin yang paling penting sekali adalah kata-kata Aslan ketika upacara pertabalan dan kemahkotaan dalam Sang Singa, Ahli Sihir dan Almari adalah penjelasan terbaik mengapa Susan akan menyertai mereka yang lain di Negara Aslan.

"Sekali menjadi Raja dan Permaisuri di Narnia, Selamanya menjadi Raja dan Permaisuri di Narnia..."

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Riwayat Narnia oleh C. S. Lewis
Dunia Narnia

Peter | Susan | Edmund | Lucy | Eustace | Jill | Digory Kirke | Polly | Caspian | Aslan | Reepicheep | Shasta | Aravis | Bree | Shift | Tash | Tisroc | Tumnus | Penyihir Putih | Puddleglum

Watak Makhluk Tempat