Fi (huruf)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Phi)
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Fi (Φ/φ/ϕ) ialah huruf ke-21 dalam abjad Yunani. Dalam sistem nombor Yunani, fi mempunyai nilai 500 (φʹ) atau 500 000 (͵φ).

Sebutan yang betul bagi huruf ini ialah "fi", namun begitu, orang Inggeris menyebut "fai".

Fi ialah simbol bagi pemalar popular nisbah keemasan (1.618...) dan digunakan dalam pelbagai bidang, termasuklah matematik, seni lukisan, dan seni bina.