Teta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Teta atau theta (Bahasa Yunani Kuno: θῆτα thē̂ta [tʰɛ̂ːta], sebutan moden: θήτα thī́ta [ˈθita] - huruf besar: Θ, huruf kecil: θ atau ϑ, Jawi: ثيتا atau تيتا‎) ialah huruf kelapan dalam abjad Yunani. Huruf ini mempunyai nilai 9 dalam sistem nombor Yunani.

Huruf ini diterapkan dalam Abjad Fonetik Antarabangsa sebagai perlambangan bunyi geseran gigi tak bersuara yang juga didapati dalam sebutan huruf Arab ث‎ (sa).