Pi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Simbol Pi, π

Pi (Jawi: ڤي) atau pai (Jawi: ڤاي) ialah satu pemalar matematik digunakan dalam pengiraan ruang Euclid mewakili nilai kadar mengaitkan ukur lilit sesebuah bulatan kepada diameternya, pemalar ini sering digunakan dalam matematik, fizik dan kejuruteraan dengan nama lainnya pemalar Archimedes (Archimedes's constant)[1][2] atau nombor Ludolph. Pemalar ini ditandakan dengan huruf Yunani π yang bersamaan dengan π ≈ 3.14159, ia pertama kali digunakan ahli matematik William Jones dari Wales pada tahun 1706.[3]

Nilai pi ini tidak dapat dinisbahkan apatah lagi dinyatakan bersamaan (dengan 8 tempat perpuluhan di sini) 3.14159265. Kadang-kadang, nilai pecahan 22/7 digunakan sebagai penganggaran menghampiri nilai tentu ini.

Beberapa rumus mudah yang membabitkan π :

  • Lilitan, p suatu bulatan berjejari, r
  • Luas, l suatu bulatan berjejari, r
  • Luas permukaan, l suatu sfera berjejari, r
  • Isipadu suatu sfera berjejari, r

Nilai sesuatu sudut boleh diukur dengan nisbah di antara bahagian lilitan bulatan yang dirangkuminya kepada jejari bulatan tersebut, yang disebut sebagai unit radian (simbol rad). Oleh itu sudut 180o adalah bersamaan π rad.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Jika diameter bulatan ialah 1 unit, maka ukur lilitnya ialah π unit.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Weisstein, Eric W. "Pi". mathworld.wolfram.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-08-10.
  2. ^ Bogart, Steven. "What Is Pi, and How Did It Originate?". Scientific American (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-08-10.
  3. ^ Jones, William (1706). Synopsis Palmariorum Matheseos : or, a New Introduction to the Mathematics (dalam bahasa Inggeris). m/s. 243, 263. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 March 2012. Dicapai pada 15 October 2017.