Radian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ukuran sudut umum dalam radian

Radian merupakan unit terbitan SI untuk kuantiti sudut. Walaupun unit darjah lebih banyak digunakan oleh ramai untuk mengukur sudut, radian menjadi unit SI disebabkan ia dapat dihubungkan kepada unit SI yang lain. Simbol radian ialah "rad".

Nilai satu radian sama dengan 180/π darjah atau lebih kurang 57.2958°.

Satu radian ditakrifkan sebagai sudut pada pusat bulatan yang dicakup oleh satu lengkok yang sama panjang dengan jejari bulatan tersebut. Dalam kata lain, panjang suatu lengkok bulatan berjejari satu meter ialah satu meter jika sudut yang dicakup ialah satu rad kerana s = , di mana s ialah panjang lengkok bulatan, r ialah panjang jejari bulatan itu dan θ ialah sudut.