Piawaian Pemprosesan Maklumat Persekutuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Piawaian Pemprosesan Maklumat Persekutuan (FIPS)[a] ialah satu set piawaian yang diumumkan secara terbuka dan dibangunkan oleh Institut Piawaian dan Teknologi Kebangsaan (NIST) untuk digunakan dalam sistem komputer bukan ketenteraan, agensi-agensi pemerintah dan kontraktor Amerika Syarikat. Piawaian FIPS menetapkan keperluan untuk memastikan keselamatan dan kebolehkendalian komputer serta bertujuan untuk kes di mana piawaian industri yang sesuai belum wujud. Banyak spesifikasi FIPS ialah versi piawaian yang diubah suai yang digunakan oleh komuniti teknikal, seperti Institut Piawaian Kebangsaan Amerika (ANSI), Institut Jurutera Elektrik dan Elektronik (IEEE), dan Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (ISO).

Bidang khusus pemiawaian FIPS[sunting | sunting sumber]

Pemerintah Amerika Syarikat telah membangunkan pelbagai spesifikasi FIPS untuk menyeragamkan beberapa topik termasuklah:

  • Kod, contohnya, kod daerah FIPS atau kod untuk menunjukkan keadaan cuaca atau petunjuk kecemasan. Pada tahun 1994, Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) mula menyiarkan kod FIPS bersama-sama dengan siaran cuaca piawai mereka dari stesen-stesen tempatan. Kod ini mengenal pasti jenis kecemasan dan kawasan geografi tertentu seperti daerah yang terjejas oleh kecemasan.
  • Piawaian penyulitan, seperti AES (FIPS 197),[1] dan pendahulunya, DES 56-bit yang ditarik balik (FIPS 46-3).[2]

Piawaian keselamatan data[sunting | sunting sumber]

Beberapa piawaian FIPS berkaitan dengan keselamatan sistem pemprosesan data.[3] Sebahagiannya termasuklah penggunaan sistem eskrow kekunci.[4][5]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai Federal Information Processing Standards.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "FIPS 197" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Institut Piawaian dan Teknologi Kebangsaan. 26 November 2001. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 5 Ogos 2023. Dicapai pada 18 Ogos 2023.
  2. ^ "FIPS 46-3" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Institut Piawaian dan Teknologi Kebangsaan. 25 Oktober 1995. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 18 November 2017. Dicapai pada 18 Ogos 2023.
  3. ^ "Minimum Security Requirements for Federal Information and Information Systems" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Institut Piawaian dan Teknologi Kebangsaan. 1 Mac 2007. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 9 Mei 2006. Dicapai pada 1 April 2015.
  4. ^ Denning, Dorothy E.; Baugh, Jr, William E. (1 Jun 1998). "87-20-20 Key Escrow Encryption Policies and Technologies" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 14 Februari 2015. Dicapai pada 14 Februari 2015.
  5. ^ "FIPS-185 Escrowed Encryption Standard" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Institut Piawaian dan Teknologi Kebangsaan. 1 Februari 1994. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 14 Jun 2018. Dicapai pada 1 April 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]