Piawaian Penyulitan Lanjutan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Dalam kriptografi, Piawaian Penyulitan Lanjutan (Bahasa Inggeris: Advanced Encryption Standard, disingkat AES) merupakan piawaian penyulitan dengan kunci simetri yang digunapakai oleh Pemerintah Amerika Syarikat. Piawaian ini terdiri daripada tiga pengekodan blok, iaitu AES-128, AES-192, dan AES-256, yang digunapakai dari koleksi yang lebih besar yang awalnya diterbitkan sebagai Rijndael. Setiap pengekodan memiliki ukuran blok 128 bit dengan ukuran kunci masing-masing 128, 192, dan 256 bit. AES telah dianalisis secara luas dan kini digunakan di seluruh dunia, seperti juga pendahulunya, Standard Penyulitan Data (DES).

AES diumumkan oleh Badan Kebangsaan Piawaian dan Teknologi (NIST) sebagai Piawaian Pengolahan Maklumat Persekutuan Pindaan 197 (FIPS 197) pada 26 November 2001 setelah proses pemiawaian selama 5 tahun. Sepanjang proses pemilihan AES, terdapat lima belas rekabentuk pehyulitan yang diajukan dan dievaluasi sebelum Rijndael terpilih sebagai yang paling sesuai. AES berkesan menjadi piawaian Pemerintah Persekutuan Amerika Syarikat pada 26 Mei 2002 setelah persetujuan dari Menteri Perdagangan. AES tersedia dalam pelbagai paket penyulitan yang berbeza. AES merupaka piawaian pertama yang dapat dicapai umum dan digunakan oleh NSA untuk maklumat rahsia.

Rijndael dihangunkan oleh dua ahli kriptografi Belgium, Joan Daemen dan Vincent Rijmen, dan diajukan oleh mereka untuk proses pemilihan AES. Rijndael (Sebutan Belanda: [ˈrɛindaːl]) ialah permainan kata dari kedua nama pencipta.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • "256bit key – 128bit block – AES". Cryptography – 256 bit Ciphers: Reference source code and submissions to international cryptographic designs contests. EmbeddedSW.
  • "Advanced Encryption Standard (AES)" (PDF). Federal Information Processing Standards. 26 November 2001. doi:10.6028/NIST.FIPS.197. 197.
  • "Part 3: Block ciphers" (PDF). Information technology – Security techniques – Encryption algorithms (ed. 2nd). ISO. 2010-12-15. ISO/IEC 18033-3:2010(E).