Pilihan raya persekutuan Kanada 2021

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pilihan raya persekutuan Kanada 2021 (secara rasmi pilihan raya umum Kanada ke-44) diadakan pada 20 September 2021 untuk memilih wakil-wakil Dewan Rakyat Kanada dalam Parlimen Kanada ke-44. Writ pilihan raya telah diusulka oleh Gabenor Jeneral Kanada Mary May Simon pada 15 Ogos ketika Perdana Menteri Justin Trudeau memohon pembubaran Parlimen untuk membuka ruang kepada pilihan raya secara awal.[1]

Dengan ini, Trudeau memenangi penggal ketiganya sebagai perdana menteri serta membentuk kerajaan minoriti kedua.[2]

Sungguhpun Parti Liberal mengharapkan pembentukan kerajaan majoriti untuk mentadbir secara sendiri,[3] keputusan yang diperoleh secara kasarnya tidak jauh berbeza berbanding dengan situasi pada pilihan raya 2019.[4] Parti Liberal memenangi bilangan kerusi terbanyak dengan 159 - gagal melepasi kuota 170 kerusi yang diperlukan untuk memperoleh majoriti, dan oleh itu, perlu membentuk kerajaan minoriti dengan sokongan parti-parti lain.[5][6] Parti Liberal mencatat rekod peratusan terendah yang diperoleh bagi sebuah parti bakal pemerintah, dan gagal memperoleh undiah popular yang kini diperoleh Parti Konservatif.[7]

Parti Konservatif yang dikepalai Erin O'Toole masih kekal dengan 119 kerusi dan kekal bertindak sebagai Pembangkang Rasmi. Bloc Québécois dengan Yves-François Blanchet sebagai ketua memenangi 33 kerusi. Parti Demokratik Baru Kanada milik Jagmeet Singh pula mendapat 25 kerusi. Sementara itu, Parti Hijau kekal dengan dua kerusi, tetapi Annamie Paul kalah buat kali ketiga dalam pertandingannya di Toronto Centre selaku calon tempat keempat; parti itu memperoleh 394,000 undian di seluruh Kanada dan memperoleh 2.3% undian negara, sepertiga jumlah yang diperoleh pada pilihan raya 2019.[8][9][10] Dengan itu, Paul meletak jawatan selaku ketua parti seminggu selepas pilihan raya.[11] Parti Rakyat gagalm memenangi sebarang kerusi dengan ketua parti Maxime Bernier kalah kali kedua dalam pemilihan di Beauce. Walaupun begitu, mereka meperoleh kira-kira 842,000 undian, atau hampir 5% jumlah undian negara.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Aiello, Rachel (August 15, 2021). "Trudeau calls federal election, voters to go to the polls Sept. 20". Bell Media. CTV News. Diarkibkan daripada yang asal pada August 15, 2021. Dicapai pada August 15, 2021.
  2. ^ Cecco, Leyland (September 21, 2021). "Canada election result: Trudeau wins third term after early vote gamble". The Guardian. Dicapai pada September 27, 2021.
  3. ^ Austen, Ian (September 21, 2021). "4 Takeaways From the Canadian Election". The New York Times. ISSN 0362-4331. Dicapai pada September 26, 2021.
  4. ^ "Justin Trudeau to Remain Prime Minister of Canada". The New York Times. September 21, 2021. Dicapai pada September 21, 2021. Updated September 24, 2021.CS1 maint: postscript (link)
  5. ^ Connolly, Amanda (September 20, 2021). "Liberals projected to form minority government". Global News. Dicapai pada September 20, 2021.
  6. ^ Tasker, John Paul (September 20, 2021). "Canadians have re-elected a Liberal minority government". CBC. Dicapai pada September 21, 2021.
  7. ^ Hopper, Tristan (September 22, 2021). "First Reading: The Least Popular Canadian Government Ever Elected". National Post.
  8. ^ a b "Federal election 2021 live results". CBC. September 20, 2021. Dicapai pada September 21, 2021.
  9. ^ Flanagan, Ryan (September 20, 2021). "Greens win first Ontario seat ever as national vote dries up". CTVNews. Dicapai pada September 22, 2021.
  10. ^ Little, Simson (September 21, 2021). "Future of Canada's Greens in the spotlight after election setbacks". Global News. Dicapai pada September 21, 2021.
  11. ^ Aiello, Rachel (2021-09-27). "Annamie Paul resigns as Green Party leader". CTVNews (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-09-27.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]