Pergi ke kandungan

Pistacio

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pistacio
Buah Pistacia vera (kultivar Kerman) masak
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Keluarga: Anacardiaceae
Genus: Pistacia
Spesies:
P. vera
Nama binomial
Pistacia vera

Pistacio (Pistacia vera), atau kacang cerdik,[2] ialah sejenis tumbuhan yang berasal dari Asia Tengah dan Timur Tengah,[3] sekeluarga dengan gajus dalam keluarga Anacardiaceae. Pohon ini menghasilkan benih yang banyak digunakan sebagai makanan.

Pistacia vera sering dikelirukan dengan spesies lain dalam genus Pistacia yang juga dikenali sebagai pistacio. Spesies lain dapat dibezakan melalui taburan geografi (di alam liar) dan benih yang banyak, lebih kecil dan bercangkerang lembut.

Nama kacang ini terbit daripada perkataan Itali "pistacchio" yang berakar daripada bahasa Parsi Tengah pistak (bahasa Parsi moden: پسته pista) melalui perkataan Yunani: πιστάκιον, rumi: pistákion seterusnya ke Latin: pistacium.[4]

Ia hidup subur di kawasan gurun malah dalam keadaan tanah yang mengandungi garam antara 3,000-4,000 bahagian perjuta;[5] ia mampu hidup selama 300 tahun di persekitaran ideal.[6]

Pokok pistacio boleh membesar setinggi 10 m (33 ka). Dedaunnya berjenis pinat meluruh sepanjang 10–20 sentimeter.

Buahnya sejenis drup yang terdiri daripada kulit berwarna kuning air dan isi berwarna hijau keunguan. Buah pokok ini dipilih biak oleh manusia agar mudah merekah dan terbuka apabila sudah mencapai tahap kematangan.[7]

Isi buah yang keras boleh dimakan begitu sahaja dengan sedikit garam. Ia juga merupakan bahan perisa utama dalam aiskrim dan isian pencuci mulut seperti baklava, manisan coklat,[8] dan halva.[9]

  1. Participants of the FFI/IUCN SSC Central Asian regional tree Red Listing workshop, Bishkek, Kyrgyzstan (11-13 July 2006) (2007). Pistacia vera. The IUCN Red List of Threatened Species 2007: e.T63497A12670823. DOI:10.2305/IUCN.UK.2007.RLTS.T63497A12670823.en
  2. Glosari perkhidmatan, penginapan, dan penyajian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. 1994. m/s. 148. ISBN 983-62-4149-3.
  3. AL-Saghir, M.G., and D.M. Porter. 2012. Taxonomic revision of the genus Pistacia L. (Anacardiaceae). American Journal of Plant Sciences, 3: 12-32.
  4. "Pistachio". Dictionary.com.
  5. Herrera, Esteban (1997). "Growing pistachios in New Mexico" (PDF). Cooperative Extension Service. New Mexico State University (Circular 532).
  6. "EL CULTIVO DEL PISTACHO". www.infoagro.com (dalam bahasa Sepanyol). 18 Mac 2019.
  7. Padulosi, S.; A. Hadj-Hassan, penyunting (14–17 December 1998), "Towards a comprehensive documentation and use of Pistacia genetic diversity in Central and West Asia, North Africa and Europe", Report of the IPGRI Workshop, Irbid, Jordan
  8. Ardakani (2006). The vital role of pistachio processing industries in development of Iran non-oil exports. Acta Horticulturae. 726. m/s. 579–581.
  9. Shaker Ardakai, A.; Mir Damadiha, F.; Salehi, F.; Shahedi, M.; Kabir, G. H.; Javan Shah, A.; dll. (2007). "Pistachio Halva Production". Document Number: 29328. Iran Pistachio Research Institute.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]