Playboy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Playboy
125px
Logo Playboy
CEOBen Kohn
KategoriMajalah lelaki
Kekerapansetiap tiga bulan
PenerbitPlayboy Enterprises
Jumlah edaran
(2017)
321,315 naskhah[1]
PengasasHugh Hefner
Tahun ditubuhkan1 Oktober 1953; 65 tahun yang lalu (1953-10-01)[2]
Isu pertamaDisember 1953
NegaraAmerika Syarikat
Bertapak diChicago, Illinois
Bahasabahasa Inggeris (versi utama)
Laman webLaman web rasmi
ISSN0032-1478

Playboy ialah sebuah majalah gaya hidup dan hiburan khusus untuk lelaki dari Amerika Syarikat. Ia diasaskan oleh Hugh Hefner serta beberapa orang rakannya di Chicago pada tahun 1953,[3] pemilikan terbitan ini kini dipegang oleh Playboy Enterprises, Inc.[4]

Majalah ini paling dikenali dengan penerbitan gambar peragawati berpakaian singkat atau telanjang habis[5] (diberi jolokan Playmates) yang menjadi bahan pelaris utamanya sehingga tersohor di seluruh dunia. Ia adakalanya juga menerbitkan cerita-cerita pendek daripada penulis terkenal (antaranya Arthur C. Clarke,[6] Ian Fleming,[6] Vladimir Nabokov,[7] Saul Bellow, Chuck Palahniuk, P. G. Wodehouse,[6] Roald Dahl,[8] Haruki Murakami dan Margaret Atwood[6]), lukisan kartun berwarna (termasuk karya-karya Harvey Kurtzman, Jack Cole,[9] Eldon Dedini,[10] Jules Feiffer,[11] Shel Silverstein,[12] Erich Sokol,[6] Roy Raymonde,[13] Gahan Wilson dan Rowland B. Wilson[14]) serta wawancara utama bersama tokoh penting seperti seniman, negarawan dan pemikir secara bulanan.

Majalah ini merupakan antara faktor utama pendorong pergerakan sosial yang memecah tabu berkaitan seksualiti dan hubungan antara orang dalam kalangan masyarakat umum di Amerika Syarikat sehingga ia menjadi topik yang bisa dibincangkan secara terbuka.[15]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "AAM: Total Circ for Consumer Magazines". abcas3.auditedmedia.com. Diarkibkan daripada asal pada 18 April 2014. Dicapai 1 Mac 2018. 
  2. ^ "Playboy Enterprises, Inc". Playboyenterprises.com. Dicapai 14 Februari 2016. 
  3. ^ Seib, Christine (December 9, 2008). "Hefner's Daughter Christie Walks Away from Playboy Enterprises". The Times. London. Dicapai May 22, 2010. 
  4. ^ Wray, Richard (November 13, 2009). "Iconix 'makes offer for Playboy'". The Guardian. London. Dicapai October 7, 2011. 
  5. ^ "Playboy 'to drop' naked women images". BBC News. Dicapai February 14, 2016. 
  6. ^ a b c d e Steven Watts. Mr Playboy: Hugh Hefner and the American Dream. Wiley. m/s. 80,91,111,144,152,190. ISBN 0-470-52167-8. 
  7. ^ Samuel Schuman (1979). Vladimir Nabokov, A Reference Guide. m/s. 61. 
  8. ^ "11 great authors who wrote for Hugh Hefner's Playboy". BBC. September 28, 2017. 
  9. ^ Art Spiegelman (2001). Jack Cole and Plastic Man: Forms Stretched to Their Limits. Chronicle Books. m/s. 126. ISBN 0-8118-3179-5. 
  10. ^ Eldon Dedini (2006). An Orgy of Playboy's Eldon Dedini. Fantagraphics Books. m/s. 8. ISBN 1-56097-727-2. 
  11. ^ Stephen E. Kercher (2006). Revel with a Cause: Liberal Satire in Postwar America. University Of Chicago Press. m/s. 480. ISBN 0-226-43164-9. 
  12. ^ Shel Silverstein (2007). Playboy's Silverstein Around the World. Fireside. ISBN 0-7432-9024-0. 
  13. ^ Bryant, Mark (October 19, 2009). "Roy Raymonde: Cartoonist noted for his work in 'Punch' and 'Playboy'". The Independent. Dicapai March 10, 2015. 
  14. ^ "Blog Archive » "We All Have To Start Somewhere" Department. Case in Point No.11". EliSteinCartoons.com. February 3, 2009. Dicapai December 7, 2011. 
  15. ^ "Why America loved Playboy". BBC News. October 14, 2015. Dicapai February 14, 2016. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]