Pokok Duku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pokok Duku
frames
Pengelasan saintifik
Buah Duku yang mempunyai kulit yang lebih tebal dan lebih kering berbanding langsat dan juga dukung.

Pokok Duku adalah sejenis tanaman buah-buahan yang berasal dari Asia Tenggara. Rasanya sedap tapi lambat berbuah. Nama saintifiknya Lansium domesticum var. duku.[1], [2]

Buah duku biasanya memiliki kelompok 10 biji buah yang bulat dan besar, sekitar garis pusat 5 cm dan kulit buah yang lebih tebal. Musim buah duku iaitu bulan Julai, Ogos, September dan Oktober.[3]

Isi buah biasanya putih tetapi sesetengah duku memiliki isi merah jambu. Buahnya manis, dan kadang-kala ada yang masam. Setiap buah memiliki 5 ulas yang sesetengahnya memiliki biji benih di dalamnya.

Pokok Duku digalakkan ditanam di bawah program Ladang Kontrak, di mana pihak FAMA yang menyasarkan pengeluaran hampir 400,000 tan duku pada tahun 2018, menerusi ladang seluas 10,000 hektar yang membabitkan lebih 500 petani di seluruh negeri.

Sebanyak 19 kawasan pengeluaran duku dikenal pasti, membabitkan lima daerah di negeri ini iaitu di Kampung Durian Bador, Kampung Tanjung Baru, Kampung Basong, Kampung Matang, Kampung Tanjung Putat, Kampung Pengkalan Ajil, Kampung Tanggol dan Kampung Sekayu di Hulu Terengganu manakala Kampung Pelong (Setiu) dan Kijal (Kemaman).

Bagi Besut adalah Kampung Hutan Nangka, Kampung Keruak, Kampung Renek dan Kampung Durian Telor diikuti Kuala Terengganu di Kampung Serada, Kampung Banggol Katong, Kampung Pulau Rusa, Kampung Paloh dan Kampung Banggol Cempedak.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]