Pokok Kelor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Pokok Kelor
DrumstickFlower.jpg
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
(tanpa pangkat): Angiosperma
(tanpa pangkat): Eudicots
(tanpa pangkat): Rosids
Order: Brassicales
Keluarga: Moringaceae
Genus: Moringa
Spesies: M. oleifera
Nama binomial
Moringa oleifera
Lam.

Pokok Kelor - nama saintifiknya [Moringa Oleifera] juga dikenali sebagai merunggai, rambungai, rembungai, lemunggai, atau moringa merupakan satu-satunya genus dalam keluarga Moringaceae. Dalam bahasa Inggeris ia dipanggil : moringa,[1] pokok kayu dram[1] (kerana bentuk lenggi biji benihnya yang panjang dan langsing), pokok minyak ben, atau pokok benzoil[1] (kerana minyak yang dihasilkan dari benihnya).

Pokok kelor berasal dari bahagian selatan kaki bukit Himalaya, barat laut India.

Pokok kelor biasa tumbuh di kawasan tropika dan separa tropika. Ia merupakan spesies yang ditanam secara meluas dalam genus Moringa. Ia mudah ditanam dan mudah sesuai dengan apa-apa cuaca. Pokok kelor cepat tumbuh dan tahan kemarau.

Pokok kelor mempunyai pelbagai kegunaan dari akar hingga buahnya. Lengai muda dan daun pokok kelor digunakan sebagai sayuran. Lengai dari pokok ini juga boleh digunakan bagi membersihkan air dan membersihkan tangan, dan kadang-kala digunakan dalam perubatan herba.  

Lenggai (pod) Kelor ("Moringa oleifera") di Panchkhal, Nepal

Galeri[sunting | sunting sumber]

Gambaran[sunting | sunting sumber]

Bunga Kelor
Pokok dan lenggai pokok Kelor (Moringa oleifera)
Biji benih Kelor

M. oleifera merupakan pokok cepat tumbuh, berdaun lebat.[2]

Ia boleh mencapai ketinggian 10-12 m (32-40 kaki) [3] dan batangnya boleh mencapai diameter 45 cm (1.5 kaki).[4] Kulit batang pokok Kelor mempunyai warna yang putih-kelabu dan dikelilingi oleh gabus tebal. Pucuk muda mempunyai kulit keunguan kehijauan-putih, berbulu. Pokok ini memiliki silara luas dan merundup, dahan rapuhdan dedaun yang ringan tiga sekelompok tripinnate.

Bunganya wangi dan biseksual, dikelilingi oleh lima kelopak kuning-putih tidak sama rata, dengan urat yang sedikit. Bunganya sekitar 1-1.5 cm (1/2 ") panjang dan 2.0 cm (3/4") lebar. Ia tumbuh di batang berbulu halus dalam kelompok tersebar atau merundup dengan kelompok bunga yang mempunyai panjang 10-25 cm.[3]

Tempoh berbunga bermula selepas enam bulan mula ditanam. Di Kawasan musim sejuk, ia berbunga hanya sekali setahun yang berlaku antara April dan Jun. Dalam suhu bermusim berterusan dan dengan hujan berterusan, ia berbunga dua kali atau boleh sepanjang tahun.[3]

Buahnya adalah lenggai bertantung, kapsul coklat tiga segi dengan saiz 20-45 cm perang gelap, yang mampu memuatkan benih bulat sekitar 1 cm. Tiga biji benih di dalamnya mempunyai sayap nipis putih dan disebarkan oleh angin dan air.[4]

Semasa penanaman, ia sering dicantas setiap tahun kepada 1-2 m (3-6 kaki) dan dibenarkan untuk tumbuhkan kembali agar buah dan daun kekal boleh dicapai dalam jangkauan lengan.[5]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "USDA GRIN Taxonomy". 
  2. ^ Horseradish tree. Encyclopedia Britannica. Dicapai 2015-04-25. 
  3. ^ a b c Parotta, John A. (1993). "Moringa oleifera Lam. Reseda, horseradish tree. Moringaceae. Horseradish tree family" (PDF). USDA Forest Service, International Institute of Tropical Forestry. Dicapai 2013-11-20. 
  4. ^ a b "Moringa oleifera Lam". Plant Resources of Tropical Africa. Dicapai 2013-11-20. 
  5. ^ Verzosa, Caryssa. "Malunggay and Spinach Powder (Investigatory Project Sample)". Scribd.com. Dicapai 2012-04-11.