Himalaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Himalaya (Banjaran Himalaya) adalah banjaran gunung di Asia, memisahkan India dan kawasan utara Pakistan di selatan dan tenggara dari dataran Tibet yang luas (sekarang sebahagian dari China) di utara. Nama khas untuk banjaran ini adalah Himalaya, walaupun nama Himalayas juga biasa digunakan.

Banjaran Himalaya merangkumi lima negara — Pakistan, India, China, Bhutan dan Nepal. Himalaya bercantum dengan banjaran gunung Hindu Kush di Afghanistan. Himalaya merupaakan sumber kepada dua sistem sungai — Lembangan Indus dan Lembangan Ganga-Brahmaputra.

Perspektif pemandangan Himalaya dan Gunung Everest sebagaimana dilihat dari angkasa arah selatan-baratdaya dari tanah tinggi Tibet. (versi diringkaskan)
Imej satelite komposit banjaran Himalaya. Juga kelihatan adalah plateau Tibet dan padang rumput Taklamakan di utara.

Perkataan Himalaya adalah berasal dari Sanskrit dan membawa erti "tempat kediaman salji" (Sanskrit him "salji", dan aalaya "rumah, tempat kediaman"). Dalam sebutan Hindi/Sanskrit, Himalaya disebut dengan a pertama panjang dan a akhir pendek, i.e. as /himaal-ya/.

Gunung tertinggi di dunia, termasuk Gunung Everest (8844.43 m or 29,017 kaki), K2 (8611 m atau 28,251 kaki), Kangchengjunga (8586 m atau 28,169 kaki),Lhotse(8500m atau 27888 kaki), dan Makalu I(8475m atau 27805 kaki) terletak di Himalaya.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Banjaran Himalaya adalah sepanjang 2400 km, dari Nanga Parbat di barat hinggalah ke Namche Barwa di timur. Kelebaran banjaran pula adalah di antara 250-300 km.

Asal[sunting | sunting sumber]

Banjaran Himalaya merupakan banjaran termuda di planet ini. Banjaran ini bermula dari Pusat Perbanjaran Pamir di utara India.Bermula dari Pusat Perbanjaran Pamir dan menganjur ke arah timur lalu membentuk Banjaran Himalaya,Banjaran Karakoram,Kunlun Shan dan Tien Shan.Ia merupakan banjaran yang terpanjang dan tertinggi di dunia.Banjaran Himalaya digelar bumbung dunia.Proses lipatan/mampatan dari banjaran ini menganjur ke arah tenggara dan melengkok ke selatan Asia Tenggara membentuK bukit Naga dan Bukit Chin di Thailand, Arakan Yoma di Myanmar,Banjaran Barisan di Sumatera,Banjaran Kapuas Hulu dan Banjaran Iran di Sarawak dan Banjaran Crocker di Sabah.

Tasik[sunting | sunting sumber]

Terdapat banyak tasik di banjaran ini. Tasik yang tertinggi ialah Tasik Gurudogmar 5,370 m, manakala tasik terbesar ialah Pangong t'so di 4,600 m, dan mempunyai lebar 8 km dan panjang hampir 134 km.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]