Pokok Kelumpang Burung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pokok Kelumpang Burung
Pengelasan saintifik


Pokok Kelumpang Burung ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Sterculiaceae yang berasal dari Asia beriklim tropika. Tumbuhan ini berkait dengan Pokok Koko (Theobroma cacao) dan Pokok Buah Kola (Cola nitida). Nama botaninya Sterculia parviflora.[1]

Buahnya amat digemari oleh kebanyakan burung. Sterculia berasal dari perkataan Sterculius (Raja Kompos) dalam mitologi Roman, yang merujuk kepada aroma bunga yang kurang menyenangkan bagi genus ini. Sterculia parviflora dikatakan sebagai salah satu daripada pokok Sterculia yang terbesar di rantau ini. Pokok ini boleh mencapai ketinggian sehingga 7-20cm dan batang berukuran 180cm dengan kulit kayu yang bewarna seakan-akan merah jambu.

Pokok Kelumpang Burung mempunyai daun ringkas yang berbentuk bujur dan bujur eliptik bersaiz 10-27cm panjang dan 5-15cm lebar. Pod biji benihnya yang besar serta berwarna merah dengan tekstur baldu, sangat menyerlah untuk menarik perhatian hidupan liar terutama burung serta spesies pemakan buah. Tupai amat suka memakan buahnya sebelum pod biji benih tersebut terbuka bagi mendapatkan biji hitam di dalamnya. Monyet pula dikatakan gemar meminum jus dari pod biji benih yang belum terbuka.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Phang Wien Ho et al. A Guide to the Botanic Gardens Jungle. Pusat Sains Singapura (1983). ISBN 9971-88-010-5.