Pergi ke kandungan

Tupai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tupai
Julat zaman: Eosen Akhir – Kini
Bermacam ahli keluarga Sciuridae
Callosciurus prevostii Eutamias sibiricus Tamiasciurus hudsonicus
Sciurus niger Urocitellus columbianus Paraxerus cepapi
Geosciurus inauris Marmota sp. Cynomys ludovicianus
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Rodentia
Suborder: Sciuromorpha
Keluarga: Sciuridae
Fischer de Waldheim, 1817
Genus jenis
Sciurus
Linnaeus, 1758
Subkeluarga dan suku

Tupai atau bajing ialah ahli keluarga Sciuridae, sebuah keluarga yang merangkumi rodensia bersaiz kecil atau sedang. Keluarga tupai ini merangkumi tupai pokok, tupai tanah (antaranya termasuk tupai belang dan anjing prairie), dan tupai terbang. Tupai berasal dari Amerika, Eurasia dan Afrika, dan telah diperkenalkan oleh manusia ke Australia.[1] Tupai fosil yang terawal diketahui wujud sejak zaman Eosen, dan antara keluarga rodensia hidup yang lain, tupai paling berkait rapat dengan beaver gunung dan tikus tidur.[perlu rujukan]

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Tupai ialah mamalia yang bersosial dan bermasyarakat di mana tupai jantan dan betina tinggal di dalam sarang bersama dan kemudian melahirkan anak. Sarang tupai terdiri daripada ranting-ranting dan daun-daun kayu yang dibuat di kawasan agak tinggi dan selamat daripada ancaman musuh seperti ular dan burung pemangsa. Tupai biasanya mengeluarkan bunyi yang nyaring untuk berkomunikasi dengan kumpulan atau ahli keluarganya apabila mereka mencari makanan atau diganggu oleh musuh.

Kelebihan tupai yang diperhatikan ialah kemampuannya bergerak dengan pantas dan laju di antara satu pokok dan satu dahan ke destinasi yang lain. Tupai mampu terbang dengan lompatannya dari satu dahan ke dahan lain atau dari bahagian atas ke bahagian bawah dengan imbangan kaki dan ekornya. Kukunya yang tajam menjadikan cengkamannya sangat kuat pada daun atau dahan kayu yang ia hinggap. Tupai juga mempunyai gigi yang sangat tajam dan mampu menggigit dengan pantas untuk menebuk kulit buah-buahan malahan kulit atau batang pokok.

Taksonomi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Seebeck, J. H. "Sciuridae" (PDF). Fauna of Australia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 Januari 2015. Dicapai pada 2013-11-24.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Milton, Katherine (1984): "Family Sciuridae". In: Macdonald, D. (ed.): The Encyclopedia of Mammals: 612–623. Facts on File, New York. ISBN 0-87196-871-1.
  • Steppan, Scott J. and Hamm, Shawn M. (2006): Tree of Life Web Project"Sciuridae (Squirrels)". Version of 13 May 2006. Retrieved 10 December 2007.
  • Steppan, S. J.; Storz, B. L.; Hoffmann, R. S. (2004). "Nuclear DNA phylogeny of the squirrels (Mammalia: Rodentia) and the evolution of arboreality from c-myc and RAG1". Molecular Phylogenetics and Evolution. 30 (3): 703–719. doi:10.1016/S1055-7903(03)00204-5. PMID 15012949.
  • Thorington, R.W. and Hoffmann, R.S. (2005): "Family Sciuridae". In: Mammal Species of the World: A Taxonomic and Geographic Reference: 754–818. Johns Hopkins University Press, Baltimore.
  • Whitaker, John O. Jr. and Elman, Robert (1980): The Audubon Society Field Guide to North American Mammals (2nd ed.). Alfred Knopf, New York. ISBN 0-394-50762-2

Pautan luar[sunting | sunting sumber]