Pokok Lemuni Hitam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Pokok Lemuni Hitam, Pokok Lemuni
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
(tanpa pangkat): Angiosperms
(tanpa pangkat): Eudicots
(tanpa pangkat): Asterids
Order: Lamiales
Keluarga: Lamiaceae
Genus: Vitex
Spesies: V. trifolia
Nama binomial
Vitex trifolia
Negundo

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Tumbuhan dari jenis renek serta berkayu ini boleh mencapai ketinggian hingga melebihi 4 meter. Setiap satu tangkai daun memegang 5 helai daunnya yang tirus, dengan daun berkilat di bahagian atas.

Berbeza dengan Pokok Lemuni Putih atau Pokok Lagundi (Vitex Trifolia var Linn), Pokok Lemuni Hitam ini di bahagian bawah pucuk daunnya mempunyai pigmen bewarna ungu gelap.[1] Masyarakat tempatan terutama di sebelah utara semenanjung Malaysia gemar menggunakannya sebagai ulam-ulaman dan bahan campuran ketika memasak nasi lemak Lemuni. [2]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Akarnya boleh direbus dan diminum bagi perempuan lepas bersalin. Boleh juga digunakan untuk merawat luka terbakar dengan cara memanaskan daunnya di dalam periuk yang panas tanpa dicampur air. Daun yang panas ini kemudiannya ditekapkan pada luka tadi.

Pucuk atau daun muda pokok ini memang biasa digunakan dalan ramuan nasi ulam atau nasi kerabu. Antara khasiat perubatannya pula, daun ini dipercayai dapat mengurangkan demam, batuk dan mengeluarkan kahak manakala air rebusan daunnya digunakan untuk mencuci luka atau ulser.[3] [4]

Daunnya juga boleh digunakan untuk merawat penyakit beri beri, rheumatik dan cirit-birit. Di Malaysia, daunnya yang telah ditumbuk bersama bawang putih, lada hitam, kunyit dan nasi, kemudian digentel kecil-kecil digunakan selalunya untuk merawat sakit kepala, mata berair dan juga untuk menggalakkan pertumbuhan janggut.

Ia juga sering digunakan untuk merawat kanser payudara. Selain itu daunnya boleh juga dijadikan bantal untuk mengubat sakit kepala. Daunnya juga dikatakan dapat membunuh jentik-jentik. Boleh juga digunakan sebagai ubat nyamuk (nyamuk Aedes).[5] [6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ * http://agrohias.blogspot.com/*Pokok Lemuni @ Lagundi 30 Julai 2010.
  2. ^ Spices Journey Nasi Lemak Daun Lemuni 17 Mei 2012.
  3. ^ Bicara Tentang Tumbuhan Daun Lengundi 17 Mac 2011
  4. ^ Bicara Tentang Tumbuhan Daun Lemuni 07 April 2013.
  5. ^ Melur.com Lemuni
  6. ^ LI NA HERBS Lemuni 16 Ogos 2008.


Senarai pokok Pokok mangga
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z