PopCap Games

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
PopCap Games, Inc.
Dulunya Sexy Action Cool (2000)
Jenis Anak syarikat
Industri Permainan video
Ditubuhkan 2000; 23 tahun dahulu (2000)
Penubuh John Vechey

Brian Fiete

Jason Kapalk

Ibu pejabat
Orang penting
Matt Nutt (pengurus besar)
Produk Senarai permainan video
Bilangan pekerja
~400 (2010)
Syarikat induk Electronic Arts (2011–present)
Divisyen PopCap Seattle

PopCap Vancouver

PopCap Shanghai

PopCap Hyderabad

Laman sesawang ea.com/ea-studios/popcap

PopCap Games, Inc. merupakan pembangun permainan video Amerika yang bertempat di Seattle, dan anak syarikat Electronic Arts.[1] Syarikat itu ditubuhkan pada tahun 2000 oleh John Vechey, Brian Fiete dan Jason Kapalka.

Pada asalnya diasaskan di bawah nama "Sexy Action Cool", produk pertama mereka merupakan permainan poker bogel yang berfungsi sebagai sumber pendapatan untuk projek-projek lain yang akan datang.[2] PopCap telah membangunkan beberapa permainan video untuk komputer, konsol dan peranti mudah alih, dengan permainan mereka terlaris merupakan Bejeweled dan Plants vs. Zombies. PopCap telah dijual kepada Electronic Arts pada tahun 2011.[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

John Vechey pada tahun 2015

PopCap Games telah ditubuhkan oleh John Vechey, Brian Fiete dan Jason Kapalka pada tahun 2000. Mereka pada asalnya memperbadankan sebagai "Sexy Action Cool", sepatah frasa yang diambil daripada poster Desperado.[2] Produk pertama mereka merupakan permainan poker bogel yang bertajuk "Foxy Poker" dan sepatutnya berfungsi sebagai sumber pendapatan untuk projek-projek yang lain.[2]

James Gwertzman mewakili PopCap Games di Montreal International Games Summit 2007

Permainan video pertama mereka di bawah nam syarikat PopCap merupakan Bejeweled, permainan menukarkan pertama, yang disokong pada semua platform utama dan dianugerahkan oleh Computer Gaming World Hall Of Fame pada tahun 2002. Syarikat itu berkembang pada tahun 2005 dengan pemerolehan Sprout Games, sebuah syarikat pembangun permainan video kasual yang berpusat di Seattle sama seperti PopCap Games, yang ditubuhkan oleh James Gwertzman. Sprout Games merupakan pencipta permainan video Feeding Frenzy. Pasukan Sprout Games membantu PopCap mencipta sekuel kepada permainan tersebut, Feeding Frenzy 2: Shipwreck Showdown, dengan Gwertzman menjadi Pengarah Pembangunan Perniagaan di PopCap. Pada awal tahun 2006, PopCap International diasaskan, berpusat di Dublin, Ireland, mengusahakan penyetempatan produk, pembangunan permainan mudah alih, pemasaran, jualan dan pembangunan perniagaan.

PopCap memulakan satu lagi pusingan perkembangan pada Julai 2007 dengan membeli pembangun permainan video kasual lain termasuk pencipta portal pengguna dalam talian, SpinTop Games. Seminggu sebelum itu, syarikat itu memperoleh pusat pembangunan Retro64 yang berpusat di Chicago, yang ditubuhkan oleh Mike Boeh, yang terkenal dengan permainan video aksi retro-arked dan permainan video teka-teki. Selepas pemerolehan ini, logo PopCap telah dijenamakan semula, menggugurkan bahagian "Games". Senarai permainan premium PopCap di laman sesawang mereka disertakan dengan permainan lain daripada pembangun/pengedar lain. PopCap merumahkan beberapa permainan video di PopCap.com dan laman sesawang lain, dalam talian dan premium, sehingga 2014, apabila mereka berhenti menawarkan permainan dari laman sesawang mereka.

Pada 5 April 2011, PopCap mengumumkan penubuhan anak syarikat baharu, 4th and Battery, diciptakan untuk membangunkan permainan yang "lebih gelap".[4] Penghasilan pertama mereka merupakan permainan video Unpleasant Horse. Pada 12 Julai 2011, Electronic Arts mengumumkan pemerolehan PopCap dengan harga $650 juta dengan tambahan pilihan saham $100 juta. [5]

Pada 21 Ogos 2012, PopCap memberhentikan 50 pekerja di Amerika Utara sebagai langkah menyatakan peralihan kepada permainan mudah alih dan permainan percuma untuk dimainkan serta mempertimbangkan pemberhentian operasi studionay di Dublin.[3] Studio Dublin telah ditutup pada 24 September 2012.[6]

Permainan dibangunkan[sunting | sunting sumber]

PopCap telah membangunkan lebih daripada 50 permainan video sepanjang 20 tahun yang lalu. Permainan yang dibangunkan oleh PopCap termasuk Bejeweled, Plants vs. Zombies, Peggle dan Bookworm.[1]

Bejeweled[sunting | sunting sumber]

Bejeweled merupakan sebuah siri permainan video teka-teki padanan jubin yang doleh PopCap Games. Bejeweled diterbitkan pada asalnya untuk pelayar web pada tahun 2001, diikuti oleh lima sekuel: Bejeweled 2 (2004), Bejeweled Twist (2008), Bejeweled Blitz (2009), Bejeweled 3 (2010), Bejeweled Stars (2016) dan banyak lagi, semuanya dicipta oleh PopCap Games dan syarikat induknya, Electronic Arts.

Plants vs. Zombies[sunting | sunting sumber]

Plants vs. Zombies merupakan permainan video strategi dan pertahanan menara yang dibangunkan dan pada asalnya diterbitkan oleh PopCap Games untuk Windows dan OS X pada Mei 2009, dan dialihkan ke konsol, peranti mudah alih dan versi ditambahbaik untuk komputer peribadi.

Peggle[sunting | sunting sumber]

Peggle merupakan sebuah siri permainan video teka-teki kasual yang dibangunkan oleh PopCap Games. Peggle diterbitkan pada asalnya untuk komputer desktop pada tahun 2007, diikuti oleh tiga sekuel: Peggle Nights (2008), Peggle 2 (2013), dan Peggle Blast (2014).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Arts, Electronic (2019-06-20). "About - PopCap Studios - Official EA Site". Electronic Arts Inc. (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada March 22, 2021. Dicapai pada 2020-09-20. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":1" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ a b c GDC (2019-01-08), Classic Game Postmortem - Bejeweled, diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-12, dicapai pada 2019-04-30 Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":0" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ a b Edwards, Cliff (August 22, 2012). "Electronic Arts' PopCap Games Cuts Jobs, May Close Office". Bloomberg Businessweek. Diarkibkan daripada yang asal pada November 11, 2018. Dicapai pada November 11, 2018. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":2" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  4. ^ Sliwinski, Alexander (April 5, 2011). "PopCap launches edgy '4th & Battery' label". Engadget. Diarkibkan daripada yang asal pada November 12, 2018. Dicapai pada November 11, 2018.
  5. ^ "EA to Acquire PopCap Games". Business Wire. July 12, 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada May 31, 2019. Dicapai pada November 11, 2018.
  6. ^ Chapple, Craig (September 24, 2012). "EA closes PopCap Dublin". MCV. Diarkibkan daripada yang asal pada January 18, 2019. Dicapai pada November 11, 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]