Strategi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Strategi (dari Bahasa Greek στρατηγία stratēgia, "ilmu pemimpin askar; langkah pahlawan, kemahiran jeneral, seni pemerintahan, kepimpinan"[1]) adalah rancangan peringkat tertinggi bagi mencapai satu atau lebih sasaran dibawah situasi ketidakpastian. Dalam erti kata "ilmu kepahlawanan", yang merangkumi beberapa subkategori kemahiran seperti "taktik", seni pengepungan, logistik dan lain-lain, istilah ini mula digunakan pada abad ke-6 Masihi dalam istilah Rom Timur, dan hanya diterjemahkan ke dalam bahasa vernakular Barat pada abad ke-18. Dari saat itu sehingga abad ke-20, perkataan "strategi" muncul "satu cara komprehensif untuk cuba mengejar tujuan politik, termasuk ancaman atau penggunaan sebenar kekerasan, dalam kehendak dialektik" dalam sesuatu konflik ketenteraan, dimana kedua-dua lawan saling bertindak.[2]

Strategi adalah penting kerana sumber yang tersedia untuk mencapai matlamat ini biasanya terhad. Strategi umumnya melibatkan penentuan matlamat, menentukan tindak-tanduk untuk mencapai matlamat, dan mengerah sumber-sumber untuk melaksanakan tindakan tersebut. Strategi menerangkan bagaimana tujuan (matlamat) akan dicapai dengan cara-cara (sumber). Strategi boleh diniatkan atau boleh muncul sebagai satu corak aktiviti apabila organisasi menyesuaikan diri dengan persekitaran atau bersaing. Ia melibatkan aktiviti seperti perancangan strategik dan pemikiran strategik.[3]

Henry Mintzberg dari Universiti McGill mentakrifkan strategi sebagai satu corak dalam aliran keputusan untuk membezakan dengan pandangan strategi sebagai perancangan,[4][4] manakala Henrik von Scheel mentakrifkan intipati strategi sebagai aktiviti-aktiviti untuk menyampaikan gabungan nilai yang unik - memilih untuk melakukan aktiviti secara berbeza atau melakukan aktiviti berbeza daripada pesaing. [5] manakala Max McKeown (2011) berpendapat bahawa "strategi adalah tentang membentuk masa hadapan" dan merupakan usaha manusia untuk mendapat "tujuan yang diingini dengan cara yang ada". Dr. Vladimir Kvint mentakrifkan strategi sebagai "satu sistem mencari, merumus, dan membangunkan doktrin yang akan memastikan kejayaan jangka panjang jika diikuti dengan setia."[6] Ahli teori kompleks mentakrifkan strategi sebagai pembukaan aspek dalaman dan luaran organisasi yang menghasilkan tindakan dalam konteks sosio-ekonomi.[7][8][9]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ στρατηγία, Henry George Liddell, Robert Scott, A Greek-English Lexicon, on Perseus
  2. ^ Freedman, Lawrence (2013). Strategy. Oxford University Press. ISBN 978-0-19-932515-3. 
  3. ^ Mintzberg, Henry and, Quinn, James Brian (1996). The Strategy Process: Concepts, Contexts, Cases. Prentice Hall. ISBN 978-0-132-340304. 
  4. ^ Henry Mintzberg (May 1978). "Patterns in Strategy Formation" (PDF). Management Science. INFORMS. 24 (9): 934–948. doi:10.1287/mnsc.24.9.934. Diarkibkan daripada original (PDF) pada 19 October 2013. Dicapai pada 31 August 2012. 
  5. ^ Henrik von Scheel and Prof Mark von Rosing. Importance of a Business Model (pages 23-54). Applying real-world BPM in an SAP environment. ISBN 978-1-59229-877-8
  6. ^ Kvint, Vladimir (2009). The Global Emerging Market: Strategic Management and Economics. Routeledge. 
  7. ^ Stacey, R. D. (1995). "The science of complexity - an alter-native perspective for strategic change processes". Strategic Management Journal. 16 (6): 477–495. 
  8. ^ Terra, L. A. A.; Passador, J. L. "Symbiotic Dynamic: The Strategic Problem from the Perspective of Complexity". Systems Research and Behavioral Science. 33 (2): 235–248. doi:10.1002/sres.2379. Dicapai pada 16 May 2017. 
  9. ^ Morin, E. (2005). Introduction à la pensée complexe. Paris: Éditionsdu Seuil. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]