Portal:Anime dan Manga/Biografi pilihan/1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Akira Toriyama

Akira Toriyama (Jepun: 鳥山 明 Toriyama Akira) dilahirkan pada 5 April 1955 di Kiyosu, Aichi, Wilayah Aichi) ialah mangaka Jepun. Dia muncul buat pertama kalinya pada 1978 dengan cerita Wonder Island, disiarkan di majalah Weekly Shonen Jump, dan menjadi terkenal dengan Dr. Slump, disirikan secara mingguan di Shonen Jump dari 1980 sehingga 1984. Pada 1984, dia bertanggungjawab dalam menghasilkan Dragon Ball yang disirikan dalam Weekly Shonen Jump. Di Jepun, ia menjadi jualan terbaik pecah-rekod dengan melebihi 120 juta salinan telah terjual. Selain kejayaan di Jepun, siri ini berjaya di seluruh dunia juga, termasuk Amerika Syarikat dan Amerika Latin.