Mutiara Naga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Dragon Ball)
Lompat ke: pandu arah, cari
Mutiara Naga
DB Tankōbon.png
Manga pertama Mutiara Naga yang diterbitkan oleh Jump Comics
Genre Pengembaraan, Aksi, Komedi
Manga
Pengarang Akira Toriyama
Ilustrasi Akira Toriyama
Penerbit Jepun Shueisha
Demografik Shōnen
Majalah Asal Weekly Shōnen Jump
Majalah Lain Australia New Zealand Filipina Singapura Chuang Yi
Brazil Conrad Editora
Denmark Carlsen Comics
Finland Sangatsu Manga
Perancis Glénat
Jerman Carlsen Comics
Hong Kong CitiComics, Culturecom
Hungary Semic Interprint
Indonesia Elex Media Komputindo
Itali Star Comics
Malaysia Comics House Production
Mexico Grupo Editorial Vid
Belanda Glénat (Studio de Raaf)
Poland Japonica Polonica Fantastica
Sepanyol Planeta deAgostini
Sweden Bonnier Carlsen
Taiwan Tong Li Comics
Thailand NED comics
United Kingdom Gollancz Manga
Kanada Amerika Syarikat VIZ Media
Korea Selatan Seoul Munhwasa
Tarikh Pengeluaran 3 Disember 19845 Jun 1995
Jilid 42 (Senarai jilid-jilid)
Siri anime televisyen
Pengarah Minoru Okazaki
Daisuke Nishio
Penerbit Tokizō Tsuchiya
Kenji Shimizu
Junichi Ishikawa
Skrip/Penulis Takao Koyama
Lagu/Muzik Shunsuke Kikuchi
Studio Toei Animation
Dilesenkan oleh Australia Madman Entertainment
Amerika Syarikat Kanada Funimation
United Kingdom Manga Entertainment
Penyiaran Asal Fuji TV
Lain-lain Penyiaran Amerika Syarikat Cartoon Network
Filipina GMA Network , RPN 9, IBC 13
Perancis TF1
Jerman RTL II
Itali Italia 1
Australia Cartoon Network, Network Ten
Mexico Canal 5
United Kingdom Cartoon Network/CNX/Toonami
Portugal SIC
Malaysia TV 2/TV 9/Astro Ceria
Emiriah Arab Bersatu Spacetoon
Tarikh tayangan 26 Februari 198612 April 1989
Episod 153 (Senarai episod)
Filem
Francais Dragon Ball
Portal Anime dan Manga
Jilid 1 komik Dragon Ball versi bahasa Melayu

Dragon Ball (ドラゴンボール Doragon Bōru, dikenali dengan nama Mutiara Naga di Malaysia) ialah sebuah manga hasil karya Akira Toriyama. Siri ini bermula di Majalah Shōnen Jump Mingguan bermula 3 Disember 1984 sehingga 5 Jun 1995, dengan bab-bab tersendiri diterbitkan dalam jilid tankōbon oleh syarikat Shueisha sebanyak 42 buah jilid.

Siri anime adaptasinya selama dua musim dihasilkan oleh Toei Animation dan ditayangkan di Fuji TV. Siri pertama telah menayangkan 153 buah episod siri televisyen bermula pada 26 Februari 1986 sehingga 12 April 1989. Siri kedua bertajuk Dragon Ball Z telah menayangkan 291 buah episod bermula pada 26 April 1989 sehingga 31 Januari 1996. Musim tambahan hasil karya Toei iaitu Dragon Ball GT telah menayangkan 64 episod bermula pada 7 Februari 1996 sehingga 19 November 1997. Siri Dragon Ball Z ditayangkan semula menggunakan format video skrin lebar berdefinisi tinggi (HD) tetapi menggunakan tajuk berbeza iaitu Dragon Ball Kai sempena ulangtahun Dragon Ball Z ke-20. Siri terbaru bertajuk Dragon Ball Super telah mula ditayangkan pada 20 Jun 2015 sehingga kini.

Siri ini mengisahkan kehidupan Son Goku, seorang budak berekor monyet dari saatnya kecil hinggalah dia mencapai umur dewasa dan mendapat anak serta cucu. Dia mendapat banyak rintangan namun akhirnya menjadi pendekar yang terkuat di seluruh angkasa.

Ringkasan cerita[sunting | sunting sumber]

Secara umumnya, Mutiara Naga mengisahkan pengembaraan Son Goku dan rakan-rakannya untuk mengumpul Mutiara Naga bagi tujuan memohon hajat. Cerita bermula ketika dia masih lagi seorang budak kecil iaitu setelah terserempak dengan Bulma yang sedang mencari Mutiara Naga tersebut. Namun begitu, pengembaraan Goku bukanlah semudah yang disangka kerana sering diganggu oleh musuh-musuh yang ingin menghalangnya. Kisah Mutiara Naga tetap berterusan sehinggalah dia berkahwin dengan Chichi, mempunyai anak dan seterusnya sehingga dia menjadi seorang datuk. Pada mulanya, cerita Mutiara Naga hanyalah sekadar kisah pengembaraan, tetapi lama-kelamaan gaya penceritaan berubah kepada elemen perlawanan.

Jalan cerita bagi episod-episod terawal Mutiara Naga adalah berasaskan karya sastera tradisional Cina iaitu Perjalanan ke Barat (西遊記).

Watak utama Mutiara Naga[sunting | sunting sumber]