Portal:Anime dan manga/Watak pilihan/3

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Shinichi Kudo

Shinichi Kudo (Jepun: 工藤 新一, Hepburn: Kudō Shin'ichi) merupakan watak utama dalam siri anime dan manga Detektif Conan. Nama versi Inggeris dikenali sebagai Jimmy Kudo. Selanjutnya dalam cerita Detektif Conan, tubuh Shinichi mengecil kerana terpaksa menelan sejenis kapsul dadah APTX 4869 dan menggunakan nama samarannya sebagai Conan Edogawa (Jepun: 江戸川 コナン, Hepburn: Edogawa Konan). Shinichi adalah anak tunggal pasangan Yusaku Kudo, seorang novelis misteri terkenal, dan Yukiko Kudo, bekas bintang filem yang terkenal. Dia dilahirkan pada 4 Mei, namun sering terlupa hari lahirnya pada setiap tahun. Dia adalah seorang yang genius, dan sejak usia muda dia sangat berkemahiran untuk menyelesaikan apa-apa masalah. Ayahnya sering mencipta teka-teki dan permainan untuk mengasah kemampuan berfikirnya.